Followers

Friday, September 13, 2013

ESP..Protein untuk kesihatan sel anda

Ok ni nak share pasal ESP.. apa la kebendanya ESP ni ye bagus sangat ke? sana sini orang duk cerita duk beli..oraitt 1st sekali mesti kena share testimoni sendiri baru real..sy minum ESP ni asal nya nak diet, rasanya pun sedap bancuh pulak dgn milo memang layan time breakfest, dalam tak sedar 1/2 hari tak rasa lapar lg..org kata selera under control lah kan.. lama sikit perasan bdn bertenaga kulit jd gebu licin lembap je rasa..serius ni tak tipu air susu pun meriah..sampai la masa naik timbang berat ku berjaya turun dr 65kg ke 61kg.. diet punya diet ku dapat rezeki (mengandung) lupakan lah niat diet tu kan.. ESP memang best parut jerawat pun makin pudar..org perempuan cam kita ni suka la kan kulit cantik sedap mata memandang hihi..ok jom explore kebaikkan ESP ni




ESP - Energizing Soy Protien

Esp Dapat Menyembuhkan Ligamen Lutut Terkoyak..

Macam mana ESP dapat membantu?

♣ Membantu pembentukan sel-sel baru. sebab tu siapa yang minum ESP akan kurang parur-parut dan sel-sel mati kat badan kita. Yela, ESP dapat membentuk sel-sel baru.

♣ Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.ESP dapat membantu proses pemulihan, dan insyaAllah proses pemulihan akan lebih cepat.

♣ Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.InsyaAllah muka makin cantik, cerah dan berseri-seri.

♣ Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia 1 tahun ke atas & keluarga.seisi keluarga boleh minum ESP ni, jadi tak rugi la kan?

♣ Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.amat sesuai sesiapa yang nak diet tu, minum ESP akan kurang makan nasi
 


 
TAHUKAH ANDA? 25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:
SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem. Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.

Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.Setiap hari, anda akan makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein bukan? Seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi.TETAPI,Tahukah anda yang sebenarnya PROTEIN ini sangat MUDAH TERMUSNAH apabila dikenakan SUHU TINGGI? Contohnya anda goreng ikan. Berapa banyak PROTEIN yang tinggal? Anda tak tahu kan? JADI, apa kata anda ambil ESP sebagai sumber PROTEIN yang lebih berkualiti. Oh! Semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat. Paling penting, ESP sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM. RAMAI YANG TELAH MERASA KEBAIKAN DAN BETAPA BAGUSNYA ESP SELEPAS MENGAMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3 HINGGA 4 MINGGU. Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak, suami makin sayang dan macam-macam lagi!




Siapa Yang perlukan ESP?

1. Wanita Hamil
2.Ibu menyusu
3.Ibu yang melahirkan anak
4.Mereka yang baru melalui pembedahan
5.Pelajar
6.Bakal pengantin
7.Pengantin lama
8.Suami
9.Isteri
10. Sesiapa yg nak kulit cantik
11. Dan sesiapa yang ingin menambah tenaga...



PM FB : Nurul Hidayah Ramli
sms: 012-3405344 
whatsapp: 018-2633014

Kebaikkan Meal Shake shaklee terhadap anak-anak

Assalamualaikum...

ok pertama sekali sy nak share tentang salah satu produk shaklee iaitu Meal Shake..bila nampak kesan yang positif pada anak2 sendiri baru berani nak kongsi cerita.

anak-anak sy berusia 6,4, dan 2 tahun selera makan dorang ni memang agak slow biasala kan budak2 tengah membesar ni agak cerewet dlm makanan terutamanya sayur-sayuran memang tak suka langsung..dalam pada tu berat masing2 tak memberangsangkan terutama anak ku yg berusia 2 tahun..

tu belum masuk lagi bab demam, batuk tiap2 bulan memang penuh la ubat2 dlm rumah ni, memang rungsing fikir kesihatan budak2 ni tapi sekarang alhamdulillah syukur sangat2 dengan izin Allah meal shake dapat membantu masalah budak2 ni, selera makan bertambah baik yang bestnya sekarang ni umi yg kelam kabut sebab cukup time memasing lapar..anak yg 2thn pun dah mula minum susu kalau tak susu 2 oz pun payah nak habis..skrg susu 2x sehari makan pun selera dan yang paling penting kesihatan dorang lebih baik..xde lg berbotol2 ubat dlm rumah ni cukup sekadar ubat spare je incase demam tetiba..


Siapa yang sesuai mengambil MEAL SHAKE SHAKLEE??
  •  Anak-anak yang kurang selera makan
  • Anak - anak yang tidak suka makan vitamin dalam bentuk pil
  • Anak- anak yang cerewet dengan makanan
  • Anak- anak yang mengalami masalah sembelit
  • Anak- anak yang mempunyai masalah asma (kanak2 mestilah berusia setahun ke atas)
  • Anak- anak yang mempunyai masalah kesihatan ( demam panas, selsema & batuk-batuk )

 


Antara Kebaikan Meal Shake Shaklee

  • Membekalkan 19 dengan vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran yang normal
  • Menambah selera makan anak
  • Anak tak mudah kerap jatuh sakit
  • Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa
  • Mengatasi masalah sembelit kanak-
  • Sebagai cara untuk menambah berat badan anak
  • Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat
  • Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana rasa french  vanilla dan teksturnya seperti susu tepung 
  • Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti
  • Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama
  • Meal shake merupakan makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein 

Boleh pm ieda di FB: Nurul Hidayah Ramli
sms: 012-3405344 
whatsapp: 018-2633014

Friday, January 27, 2012

Bundle oh bundle


Assalamualaikum...yuhuuuuu...ada ke orang datang rumah pn ieda ni hi3...lama betul tinggalkan blog..sejak2 aku duk aktif berbisnes...apa bisnes yg buat aku sibuk sgt tu..ni la nak citer sikit..aku sekarang meniaga pakaian bundle bayi & kanak2 gred A ( US Bundle )...serius nak bgtau ni dulu aku xtau menau pasal bundle ni apatah lagi nak menjualnya..beli pun xpernah...satu hari duk blogwalking terjumpa la blog2 jual bundle baby ni...wahhhh teruja sebabnya baju masih cantik..berjenama & yg penting harga murah...

selalu tengok bundle dewasa je...rupanya kanak2 punya baju lagi cantik..macam2 jenama seperti baby gap, disney circo, gymboree, polo & macam2 lagi apa yg bestnya beli online ni dorang basuh dulu...iron pulak tu..kite tunggu barang pun sampai..last2 aku pun terjebak jual sama hehe...

Kenapa pilih perniagaan bundle??? korang yang tak layan bundle mesti kata...baju orang dah pakai..geli la, kang dapat penyakit berjangkit la..& macam2 lagi pandangan orang pasal pakaian bundle ni...tapi untuk kanak2 rasanya berbaloi kot sebab dorang ni cepat membesarkan jadi xde lah membazir..

sebenarnya semua pakaian yang dibungkus dalam setiap bundle yang diimport telah diletakkan bahan kimia tertentu untuk membunuh kuman dan mengelakkan penyakit. sebab itu kalau kita pergi ke kedai-kedai bundle yang pakaiannya belum dibasuh, kita boleh cium satu bau yang sama je. ini la bau yang org panggil "bau bundle"... bau bahan kimia yang digunakan tu. tp di babyworldbundle kami basuh dan gosok dahulu pakaian bundle ni sebelum dijual supaya lebih bersih dan cantik. dah banyak dah pun kedai bundle yang basuh pakaian bundle ni sebelum dijual. pelanggan yang datang pun akan rasa lebih selesa kerana pakaian-pakaian ini semua telah bersih dan tidak berbau.

jadi aku nak jemputlah kawan2 semua jom lah singgah kedai bundle i...online je..maju sikit leh cari kedai hi3..mudah2an lah kan



klik pada banner tu ye nak masuk blog bundle ku

Friday, October 21, 2011

Fusion Excel Quantum Scalar Energy

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak citer pasal satu produk ni tak tau lah korang pernah dengar ke tak ..sebenarnya produk di dah lama dalam pasaran tapi aku baru je tau...produk tenaga skalar (Scalar energy) yang dipasarkan di bawah jenama Quantum. Produk ini telah melalui penyelidikan yang intensif and komprehensif dengan bantuan ahli-ahli sains terkemuka dunia dalam bidang nano teknologi dan bio teknologi. Produk ini di edar oleh syarikat FusionExcel....

alahai nak cerita panjang pun tak tau sangat tapi so far aku dah gunakanya untuk merawat demam aku yang dah 3hari...badan jadi segar & bertenaga...sape-sape nak tahu lebih lanjut klik banner di bawah ni k :)



Klik je banner di atas tu

Friday, October 14, 2011

Adawiyah Qaisara 4 bulan

Adawiyah Qaisara 4bulan

Assalamualaikum...lamanya blog tidur ye....xpelah nak update sikit pasal si kecik saya seorang ni...sekarang dah pun 4bulan umurnya...sekejap beno rasanya...tak rasa pun 9bulan berlalu & pantang bagai hehehe...okey2 sekarang baby dah mula nak melasak dah..meniarap ada dah lepas 3,4 kali..sangat rajin usaha ni..., suka hisap ibu jari tangan dia kadang2 sampai tertido...alahai kesianya anak umi..dia memang tak banyak ragam alhamdulillah senang menjaganya, abang2nya pun dah pandai agah2 Adawiyah sebab baby dah pandai ketawa...seronoknya rasa hati umi ni bila mana anak2 umi membesar depan mata..okey nanti umi update lagi :)

Saturday, August 27, 2011

Kad Raya Digital untuk semua....posmen dah balik kg hehe



Sempena Menyambut hari lebaran yang bakal tiba..ku kirimkan kad raya buat sahabat2 juga saudara mara yang mengenali diri ini...Moga Syawal yang bakal tiba kita raikan dengan rasa syukur sebagai hari kemenangan buat umat islam setelah sebulan berpuasa...mudah2an Ramadhan yg akan berlalu pergi membawa segala amal ibadah kite...insyaallah

Friday, August 26, 2011

Kejayaan Tidak Akan Datang Tanpa Usaha...



Kata orang apabila kita melihat kejayaan seseorang itu kita takkan ...percaya bahawa beliau juga pernah mengalami detik2 hitam didalam hidupnya..

"Kejayaan takkan datang jika kita asyik merungut dan berhenti berusaha..."

Tanpa ilmu...Tanpa usaha...Tanpa bimbingan... Maka kejayaan yang kita idam2kan akan jadi terkubur begitu sahaja..


INGAT! Kita tidak tahu dimana Tuhan nak berikan kita rezeki, bagaimana punca rezeki kita dan bila ianya akan tiba. Tetapi, jangan sesekali kita LUPA untuk mengucapkan syukur kepada-Nya walaupun mendapat hanya sekecil-kecil rezeki. Jangan pernah berhenti untuk berusaha. Jangan sesekali. InsyaAllah...

Tuesday, August 9, 2011

Adawiyah Qaisara 55 Hari...Habis dah pantang

Assalamualaikum...alooo lamanya aku tak mempedulikan blog ni...duk belek2 nak update sudah tak jadi...alhamdulillah aku dah pun selesai berpantang selama 44hari..dan telah menjalani ibadah puasa..syukur...

okey sedikit perkembangan permaisuriku..sekarang dah pandai tido malam xde lagi berjaga..dan kadang2 aku sedar2 dah nak sahur tapi dia xbangun nyusu...cepat2 aku gerak dia yang tengah sedap mimpi tu..alhamdulillah susu bulan puasa ni cukup untuk si kecik..time sahur pun dia xbangun..masih tido dalam play pen dia...ini anak aku yang paling lama tido dalam katil...yang dua2 tu jangan haraplah, habis je pantang katil pun simpan..tapi yang ni senang & dia pun bukan jenis melekat je kat umi dia..agak2 dia kenyang terus cabut & tido balik...umur pun baru sebulan lebih mood tido lagi..baru pandai nak senyum gitu..esok2 dah lasak xtau lah aku camne..

khamis ni checkup 2bulan & kena inject lagi..nanti umi sambung perkembangan Adawiyah k



Gambar Adawiyah 55hari dah jalan2 rumah pak long dia...buka puasa..


anak dara sorang ni suka senget kepala dia...macam2 dah umi buat kasi tegak...marah tul dia..dapat senget macam tu lena berjam2 dia tido huhuh



SeLaMat Menjalani Ibadah Puasa Buat Semua Kawan2 ku.....

Thursday, July 14, 2011

Adawiyah Qaisara sebulan

gegirl saya dah pun 31 hari genap sebulan dia pada hari ini...hari ni Adawiyah dah mula lawatan ke klinik untuk cucuk & timbang....jerit sangat kuat masa nurse buat senaman ringan kat dia...jenuh pujuk xmau diam..uwaaaa gelabah aku weiii walaupun anak tiga dah..ok perkembangan semua normal...

berat: 4.1kg dr 3kg
panjang : 50cm dr 48cm
lilit kepala :36cm dr 34cm
penyusuan : hanya susu ummi :)

Aku berpantang dengan PB hehehe

Assalamualaikum...alhamdulillah hari ni 14 july genap gegirl ku sebulan...., Hari ni bermulalah lawatan ke klinik...sebenarnya aku nak kongsi sesuatu semasa aku dalam pantang ni...selain aku amik shaklee sebagai supplement aku juga telah memakai corset premium Beautiful...baru je 3minggu memakainya..antara kelainan yg dapat aku rasa & lihat adalah:

-perut semakin mengecil,aku masa mengandung memang sangat bulat okey hehehe...sampai dah bersalin pun doc kata aiii besar betul perut awak huhuh...,bidan pun sama kata besar lagi perut ni boleh pulak dia urut perut aku ni macam uli tepung korang tau...demam aku malam tu sebab urat perut bengkak...aku suruh urut air susu je..memandai ko urut perut kenapa????sebenarnya ni bukanlah tukang urut aku...tp tukang urut yg aku panggil tu bz jadi seminggu lepas bersalin baru dapat datang...tu yg sementara urut air susu aku panggil bidan indon ni..mak aiiii sakit giler dia urut...baru 2hr bersalin ko tekan2 perut ku huhuh...Now perut sudah mula mengecil tanpa perlu berbengkung lilit2 tu...guna seminggu je untuk dapat saiz yang kecil ekeke

-Sembelit??? alhamdulillah ini adalah sangat membantu...time pantang ni bab membuang le yg paling semua kecut perut sanggup kau tahan2 ye hehe...sama le dengan aku masa anak dua orang tu dulu..tapi kali ni membuang dengan lancar hari2 pulak tu...lega rasanya..

-Darah beku semua habis keluar...masa mula2 pakai tu aku rasa sakit sangat seperti senggugut tu sampai terpaksa telan panadol rupa2nya nak kasi clear darah2beku yang tertinggal..lepas seminggu macam tu rasa ringan je badan & takde dah rasa senggugut..

-Badan pun mula mengecik...mak & suami dah mula tegur2 dah..nampak dah kecik badan tu..yang bestnya aku saje le cuba2 sarung seluar jeans sebelum mengandung...uiksss boleh sarung leeee,masa tu 18 hari berpantang..baju2 semua pun boleh sarung..alhamdulillah...kali ni dapat la berjimat kalo tidak habis je pantang mula la merungut kat suami... "bang seluar semua tak muat apa nak pakai ni "...baju pun haishhh nangis aku tengok baju2 tu terpaksa bagi kat anak2 buah huhuh..kali ni xperlu lagi..syukur...

Apa yang aku nak katakan semuanya adalah dengan izin Allah juga..jangan kata aku taksub ye pada corset ni...TQ kat kak Elyies kerana beliau le aku kenal apa itu PB...

bawah ni gambar2 aku ye
.
.
.
.

Aku 2bulan sebelum mengandung no3...tu pun dah mula berisi tengok je lah lengan dengan muka penuh semuanya...tapi aku suka lak tengok berisi cam tu sebab sekolah dulu aku sangat kediii okey ngeeee
.
.
.
.
.
.
.

Aku yang dah sarat sangat tengok.....bulat kan percayalah berat last adalah 70.4kg(kalo lepas ni ngandung no4 mau dekat 80 kg
.
.
.
.
.
.
.
.

Terkini selapas 31 hari melahirkan...ni baru balik dari klinik checkup sebulan Adawiyah...tempoh pakai PB 3minggu...berat turun 10.1kg...kalo ikut berat sepanjang mengandung aku dah berjaya turun lah...sebab dalam tempoh 9bulan berat aku naik 10.5..tapi belum capai target sebenar..takpe masih baru teruskan usaha hehehe


sekian... :)

Sunday, July 10, 2011

Adawiyah Qaisara 27 Hari

alhamdulillah dah pun 27 hari usia baby girl saya...sudah banyak ragam lor...suka berjaga tak tentu masa...umi kena lebih bersabar huhuh..khamis ni genap sebulan & bermulalah checkup dia...

suka mengiring..walaupun umi letak dia elok je telentang mesti gini gaya dia..kalo bedung pun kepala dia mesti nak ngiring...apa kehenya le anak dara i ni...

eh eh dah tiga rupanya anak2 aku...5tahun kawen 3 anak ye..yang sulong 4tahun,kedua 2tahun & yang kecik 27hari alhamdulillah rezeki & amanah daripada Allah...umi sayang semua anak2 umi walaupun umi agak garang hehehe...

Saturday, July 2, 2011

19 Hari usia Adawiyah & umi berpantang


Adawiyah berusia 19hari...tido lasak tengok je lah gayanya tu..bukan xbedung tapi dia usaha keras untuk keluarkan tangan...ini baby suka berjaga start pukul 3pg ke atas...siang pun xdelah tido je..kejap jaga nak nyusu...Adawiyah ni kuat nyusu..umi dia asyik lapo je pening abah dia umi asyi nak makan jew...camne nak kurus ni...tapi aku makan taklah banyak..cuma kerap je..makan nasi pun xde bertambah tu yang jap2 lagi lapo balik...huhuh

Thursday, June 30, 2011

My Dear & pureen, Anakku Clearance Promotion


My dear warehouse sale
30 June 2011 - 10 Julai 2011
9am - 7pm

Address:
Cuang Cheng Mao Yi Sdn Bhd (MY DEAR)
No.34, Jalan Meranti Jaya 10,
Meranti Jaya Industrial Park,
47120 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.


Anakku Jualan Gudang di Dewan Sri Putra Stadium Bukit Jalil
30 June - 10 July 2011
jom pakat p...aku kena kuarantin...pantang tak habis lagi huhuh


klik le gambar utk lebih jelas

pureen wat sale lagi...hari tu dah p tapi tak beli pun baju gurl...alahai rugi...rugi...rugi,ni puteriku duk pakai baju abang2 dia..kesian nya lahai....kali ni dalam pantang pulak uwaaaa kalo suh hubby pegi tah apa pesen baju le dia beli....huhuh

best2 kalo my dear & pureen wat sale...tapi pureen ni kena g awal2 baru dapat barang best2 kalo lewat banyak barang dah habis...kalo baju2 tu xde dah yg sepasang...

................................................................................

jom klik program santai
www.teknik2u.tk
www.rahsia2u.tk

Tuesday, June 28, 2011

Berpantang dengan shaklee


Assalamualaikum

Hari ni dah pun 15hari berpantang,alhamdulillah rasa badan sihat...takde rasa lesu atau stress tak tentu pasal...terasa perbezaan pantang kali ni berbanding sebelum ni...masa anak sulung & kedua aku memang makan jamu...tapi kurangkan dose makannya sebab baby kena kuning..mak aku pulak jenuh bising kat aku suruh makan jugak...serba salah aku jadinya..tapi tak makan pun sudahnya terbuang je sebab dah expired...jamu tu bukanya tak bagus cuma tak sesuai je untuk aku yang menyusu anak ni..semua anak2 aku breastfeeding...

mengandung yang ke3 aku fikir lagi...nak makan jamu apa lah kali ni jenuh lah cari kat google jamu2 yang sesuai untuk ibu yang menyusu anak...tah la buntu aku jadinya,sampailah aku tengok gambar seorang sahabat ni berseri betul dia lepas pantang muka langsung tak pucat...kebetulan dia pun BF baby dia...jawapan dia amik shaklee..berminat aku dengar...

nasib baik jugak lah ada member aku sendiri yang menjualnya...lebih senang lah aku tanya dia detail pasal produk shaklee set dalam pantang ni..lebih menarik lagi bila sendiri dah mencuba..alhamdulillah aku rasa sehat dalam pantang ni..dengan nak uruskan putera dua org yg tgh lasak tu lagi sangat2 lah membantu...syukur rasanya dengan izin allah semuanya dalam keadaan baik..tak perlu nak telan pati ikan haruan lagi sebab dalam shaklee ada zinc..berfungsi mempercepatkan proses untuk baik pulih luka terutama luka dalaman...

Bila makan shaklee ni orang kata tak effect air susu or baby kuning...masa air susu tak keluar lagi baby memang ada kuning sikit tapi bila air susu dah banyak & baby pun kerap berak alhamdulillah bacaan kuning dia masa hari ke7 normal 5.8...doctor siap ucap tahniah lagi hehe..aku start makan shaklee hari ke3 pas bersalin...

luka jahitan aku pulak lebih kurang seminggu dah ok...ni dah 2minggu dah baik...dalam pantang ni aku tak rasa nak tido je macam yang lepas2 memang baring je mesti tido..bila anak jaga malam pun aku rasa nak marah je sebab badan penatkan..merungut je kejenya..tapi kali ni alhamdulillah siang aku uruskan diri aku sendiri,baby & dua kecik tu pun aku masih boleh jaga sendiri..malam baby memang akan bangun kul 3pg ke atas..aku lah sorang2 layan takde kejutkan suami pun..
itulah bila badan sihat apa kerja pun boleh di lakukan...apa2 pun semuanya berlaku dengan izin allah juga....

Monday, June 27, 2011

Kenangan Melahirkan Adawiyah Qaisara

Assalamualaikum

alhamdulillah hari ni dah pun 14hari aku berpantang & usia baby Adawiyah...syukur di kurniakan kesihatan yang baik sepanjang berpantang ni..oppsss kali ni aku berpantang sendiri mak cuma datang mandikan Amsyar & Aqeef n kemas rumah...yang lain2 semuanya aku uruskan sendiri..takpe pengalaman yang lepas2 dah boleh membantu aku berpantang sendiri..

ok kali ni nak share lah story aku bersalinkan baby Adawiyah..alhamdulillah kali ni Allah permudahkan aku bersalin dan rasa sakit yang aku tanggung masih boleh ditanggung sendiri..

13June 2011

hari isnin...aku ada checkup tapi kul 2ptg,haritu dah mula rasa sakit cam senggugut tu..tapi xde lah kerap kan main2 je sakitnya tu yang aku nak pergi gak checkup haritu untuk 38minggu...baby rasa kurang sikit gerak lebih banyak mengeras...haritu pulak punyalah lama tunggu dorang cari buku merah aku tak jumpa2...1jam lebih okey...aku duk risau kalo sakit ni makin kuat je..nak kejar ke serdang dr kelana jaya tu bukanya dekat dengan jem lagi huh aku tawakal je..sudahnya memang tak jumpa buku merah aku,dorang tulis dalam kertas je..buat dari awal kan ke senang..okey pendekkan citer dah selesai chekup aku pun teruslah balik memang xmau kemana2 dah sebab rasa sakit makin kerap..ni bukan main2 dah ni..apa pun xboleh buat semua posisi sakit..

petang

bila dah sampai rumah aku pun siap2kan lah susu budak2 ni dulu incase aku nak p spital kang senang mak aku nak jaga dorg..aku pun baring2lah sambil kira jarak contraction datang...ish rasanya dalam 10minit tu 3x aku rasa contraction..tapi sabar je dulu tunggu malam sikitlah..

malam

aku rasa dah makin sakit..terus ajak laki aku g spital risau kang kalo dah sakit sangat laki aku lak panik nak bawa kete...kul 9.30mlm..terus zass ke spital...aku suh laki aku parking terus xyah turunkan aku,aku nak jalan sbb bukan jauh sangat pun...gagah jugak nak jalan tu hehe,sampai dewan bersalin daftar semua...aku pun masuk dorg pasang ctg & terus nak cek bawah...sekali cek2 baru 1cm okey...uwaaaa nak meraung aku sebab sakit jalan lambat pulak buka,doc suruh balik tapi aku bantah kata tak berani balik sebab saya memang sakit ni..lagipun siang suami saya keje xde kenderaan or sape2 boleh hantar...ada ke dia suruh laki aku amik cuti...bape lama nak cuti...ahhhh ngarut semua tu sebab aku tau lah diri aku yang sakit..takkan aku nak main2 pulak..sudahnya doc tu mengalah kata okey tunggu 4jam lg kite cek semula k...lega aku dengar

11.45mlm

nurse bagi aku baring kat katil...tapi sedihnya aku rasa selama aku kat situ takde siapa pun tanya aku sakit ke ok ke walaupun dorang nampak aku kejap baring kejap duduk..rasa nak tonggeng pun ada tahan sakit weiii...sedih2...yelah mentang2 lah 1cm kan pada dorg mustahil untuk bersalin dalam masa terdekat...selama masa doc bagi aku time tu tak putus2 mulut ni berzikir,doa & juga baca ayat kursi...hanya tu je lah yg membantu aku tengah sakit sorang2 kan

2.20pg (14june 2011)

aku rasa nak kencing...aku pun g lah toilet..berharap kut2lah kuar apa2 tanda tapi xde...kecewa rasanya...pastu duduk kat katil msg hubby mintak tolong hantarkan air haus sangat dah aku masa tu...tak lama lepas tu aku pun turun katil nak p amik air kat hubby tengok2 dah kuar darah+lendir...huh hati tu dah berbunga2 lah kan hehehe..terus p amik air & bgtau suami dah kuar tanda...

2.40pg

aku balik ke katil & minum air sampai habis satu botol mineral kecik tu..punyalah haus nak tunggu 4jam..sambil msg suami suruh keluarkan barang2 baby..5minit pastu aku rasa sakit yang datang tu badan aku jadi menggigil2...aku tau dah ni kompem nak teran dah ni..aku turun lg katil jalan pgil doc sbb aku rasa dah nak teran..dia pun kelam kabut cek jalan menjerit dia sebab dah 9cm...apa lagi datanglah 3,4org nurse tolak aku ke LR...aku terus call hubby kata suh masuk,dia lak duk kat kete lg cari napkin xjumpa katanya adoi tgh2 aku sakit tu sempat lg cakap napkin tu bergulung carilah betul2 hehe..sampai LR ya allah terang menderang nurse pun adalah 4org kot semuanya kelam kabut suh aku pindah katil tp aku nak meneran jugak..curi2 masa utk pindah katil..doc nak pecah air ketuban tp aku dah meneran...baby dah berak tau..air ketuban dah kekuningan..bahaya kalo lewat cikit tertelan najis anak aku..

3.05pg

lebih kurang 2minit macam tu lahirlah baby yang dinanti2 tepat jam 3.05pg...hubby pun muncul sebaik saje baby lahir...sayangya xsempat tengok aku bersalin sebab dia duduk dalam kete je ye lah mana nak tau bersalin haritu jugak kata baru 1cm kan...hubby datang terus pegang tangan aku...& aku tanya bb apa yang,dia kata xnampak lah...lama cikit gurl katanya ya allah syukur rasanya...aku bersalin dengan baju yg aku pakai dr rumah..bj tu lah menjadi saksi aku bertarung nyawa melahirkan puteriku..nurse letak baby atas dada aku rasanya lega betul lah...pastu dorg bawak keluar untuk timbang & mandikan..

dah selesai semua keluarkan uri time jahit pulak..aku tak rasa letih or mamai pun..biasalah kalo dah jahitkan wlapun cikit kena kat kulit jerit gak aku huhuh..kena pulak korek nak kuarkan darah beku ya allah semuanya masih boleh ditanggung...xhenti2 mulut ni ucap syukur kerana sepanjang mengandung aku dikurniakan kesihatan yg baik,bersalin pulak agak mudah sakit pun xlama...& dalam pantang ni pun aku boleh uruskan semuanya sendiri...alhamdulillah..apa2 pun semuanya adalah kenangan terindah...

sekiannnn

Wednesday, June 22, 2011

Akhirnya.....Baby Girl lahir ke dunia

diberi nama ADAWIYAH QAISARA


Assalamualaikum...

alhamdulillah aku dah selamat bersalin pada 14june 2011 tepat jam 3.05 pagi...baby lahir pada usia kandungan 38minggu 1hari secara normal...berat 3.0kg panjang 48cm...syukur dah selamat semuanya...baby gurl lahir ke dunia...hari ni dah 9hari berpantang semuanya dalam keadaan baik...


Sunday, June 12, 2011

Amsyar 4 tahun


Semalam 11 june genap anak sulung umi 4tahun...besar dah dia..tapi nakal suka nyakat orang selalu buat umi marah..tapi dia jugaklah yang banyak tolong umi kalo umi tak larat nak bangun..
sikit hari lagi nak dapat adik sorang lagi harap2 jadi abang yang cerdik ye..doa umi agar Amsyar membesar dengan sihat serta peroleh bekalan ilmu yang berguna di dunia juga di akhirat..Aminnn

Tuesday, June 7, 2011

37 minggu

Assalamualaikum...

wuhuuu....sekarang kandungan dah pun masuk 37minggu...masih belum bersalin ye kawan2 masih di sini & masih anak dua hehehe..tanda2 pun tak ado lagi..sakit kat ari2 tu adalah nak2 sebelah malam time nak tido tu..suspen pun ada..sebab aku tak penah rasa sakit bersalin semulajadi ni..yang dua orang sebelum ni kena induce jadi sakit tu datang sentap terus..huh rasanya tak nak dah rasa...

ok semalam chekup aku 37minggu semuanya baik2 je..cuma berat je naik lebih..sejak minggu akhir ni berat asyik naik melampau2 je..adoiii tapi nurse kata sepanjang mengandung ni aku dah naik 10.9kg masih di tahap normal,maximum boleh naik 12.5kg...harap2 cepatlah bersalin kalo asyik naik dan naik je...makanan semua lebih kat baby huhhu..kalo baby besar payah pulak nak push..selera je makan sekarang ni..macamne ek??

persiapan dah siap dah semua..tunggu nak bersalin je ni..buku merah pun kena bawa je mana aku pegi..incase tengah jalan2 sakit ke terus ke spital lah..

kawan2 doakan yang terbaik buat aku ye..mintak maaf juga pada kawan2 samada sepanjang korang jejak blog ni ada terasa ke apa ke ye...sesungguhnya yg baik itu datang dari Allah dan yg buruk itu adalah dari aku sendiri...

Monday, June 6, 2011

GA Jemari Emmie

korang nak join klik saje banner di atas okey :)

GA dianjurkan oleh :

http://pieceofemmie.blogspot.com/

tarikh tutup : 30 june 2011

tag :

http://nurul-lavendervsmint.blogspot.com/

JIKA ISTERI MENANGIS....



Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan

menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.


Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …


Wahai suami2,

jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya.

Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.


Lihatlah jauh kedalam matanya.

Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya.

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya.

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…


Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar

mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...