Followers

Saturday, January 29, 2011

Alamak!!! dah tercium kete orang

Assalamualaikum...

Tajuk di atas bukanlah cerita pasal aku ye..tp agak2 kalo terkena kat aku entah apa aku nak buat...
tadi petang pergi lah giant kinrara nak cari baju mandi anak2...almaklumlah nak g bercuti 1hb feb ni kan ke wilayah cuti jadi laki ku pun apa lagi ajak cuti2 malaysia sekali cuti chinese new year..orang lain tiap2 tahun g bercuti tapi aku???? time ngandung je pergi hahaha asal ek,pasal time ngandung rezeki murah lew...alhamdulillah...

ok2 berbalik pada tajuk...masa nak balik tadi aku dr jauh duk pandang sebuah kereta ni,tah pesal le aku rajin no nak pandang, nak kata cantik idok lew biasa2 je..pehtu sampai je dia nak parking,mata ni xputus2 pandang ni..eceh macam tau2 je ada benda nak jadi...tup2 amik ko dia punya le bersungguh bajet lepas xlepas ni tercium sudah kete saga tepi tu...aduhhhhh goyang inul kau kete saga tu kene cium hehehe...member wira tu pun apa lagi ca alip but le....dia nampak aku perasan terus hilang dr giant tu...aku tgk saga tu dah bercalar hitam dah almaklum le kete putih melepak terselah le calar balar nye...

eh2 dalam beberapa minit tu muncul balik wira td depan kete aku....ha elok pun kau parking kenapa yang tadi ko yakin sangat kete kau muat..tpi mmg boleh muat pun cumanya port tu kat tepi tiang jdnya parking pun ke laut...kalo aku lew yang memang failed parking2 ni lagi2 kat tepi tiang mmg aku lalu je le...sebenarnya dah tertulis benda nak jadi mana nak elakkan...

Kalo korangkan apa korang buat...jujur kah korang nak tunggu driver kete datang n bgtau maaf en/cik/puan/dato/datin kete saya dah tercium kete awak....huh kalo kome berani buleh le kan...tapi kalo takut kompem le lari kan pasal takut keluar duit...kalo kena kat aku pun entah le nak buat apa..karang rasa bersalah je seumur hidup huh berat2...esok2 kena kete kita pulak..


Diet Rasulullah

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

JENIS MAKANAN

Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan minum SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

CARA MAKAN

JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office...;))

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA..

(Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya...... cubalah. Tapi pengaruhnya tidak dalam jangka pendek..... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti)

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion +ve sedangkan dalam ikan mengandung ion -ve, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam

nota: selama ni aku pun main bedal je xde penah diet2 sebab tu perut slalu sakit cam kena serang gastrik tu huhuh info baik untuk di amalkan

Tuesday, January 25, 2011

18 Minggu Kehamilan


Assalamualaikum...

ermmm sekarang kandungan dah masuk 18mgu..alhamdulillah segala tempoh alahan nampaknya dah semakin pulih..dulu yang malas2 tu sikit2 dah kurang,dah rajin mengemas cuma 1 perkara je yang masih malas iaitu MEMASAK huhuhu...yg paling teruk xsuka potong bawang..ermmm camno la kan jd gini..

sepanjang aku mengandung yang ini rasanya banyak dugaan yg Allah bagi...di awal kehamilan Amsyar kena tahan wad gara2 demam sawan tarik bermula dari tu lah aku jd kuat n berani...yang paling ketara aku dah berani bawa kereta rasanya dah bertahun2 x sentuh stereng kete dek kerana trauma xcident kereta berpusing 4tahun sudah..sangat takut rasanya..

sekarang ni suami pulak kena chicken pox lagi sekali aku jadi ketua keluarga menguruskan semuanya bawa dia ke klinik,pergi kedai dgn bawa budak2 tu dlm kete bayangkan lah huru hara kejap hidup aku..huh..berharap suami cepat sembuh..

baby dalam perut dah mula gerak2 kadang2 aku rasa dia gerak sangat kuat..aku masih belum dapat dengar jantung dia lg..checkup 4bulan hari tu nurse kata bb masih kecik n susah nak cari jantung dia...bulan depan klinik suh scan detail untuk scond trimester..agak2 dah nampak jantina tak...hehehe dup dap dup dap jantung ni ha pikir..kawan2 lain semuanya dah senang hati kan yg mana menanti putera dah pun lahir samala jugak yg menanti puteri...apa2 pun aku lebih risau nak buat MGTT bulan depan, berharap pegnan yang ni bebas dr kencing manis...xmau le ulang alik klinik xde masa le...semoga perjalanan 40mgu kali ni di permudahkan...

Sunday, January 23, 2011

Penawar Kepenatan...khas utk ibu2...


Assalamualaikum,

Penawar Kepenatan, amalkan...

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian
sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan
petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri
kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya
Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya
kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :
"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.
Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan
hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu
tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w.
tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.
Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik
daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu
berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.
Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada
anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan
kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)
dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan
hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan
hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati
Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar."

Saturday, January 22, 2011

Doa Buat Suami


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa Ku yg telah Ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami Ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan Dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami Ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih Dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami Ku ini adalah bidadara untuk Ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk Dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami Ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami Ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah Dan ragamnya

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami Ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami Ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami Ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan Dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar Dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah ...
sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati Dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran Ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal Ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
dan aku memohon agar suami Ku untuk diri ku seorang saja.

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati suami

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..


wajah suami tercinta...kesian dia sekarang kena chicken pox...ida doakan abang lekas sembuh



Saturday, January 15, 2011

Aku Semasa Hamil

Assalamualaikum...

kali ni update gambar2 terkini saje ye...hihih xmau citer2


gambar ni masa kandungan sudah 2bulan..

Masa ni bawa anak2 jalan kat Shah Alam...kandungan baru 5minggu

Budak2 ni dah xnak diam masing2 nak lari...xlarat ummi nak kejo huhuh

posing dgn aqeef je,amsyar dah terlepas

haaaa yang ini aku dah 4bulan,sgt sendat,bulat dan padat hehehe...jenuh le nak kurus mcm ni
eh...kenapa masa 3bulan xde...hahaha...alah 3bulan xde beza dgn 4bulan..yg pasti aku dah gemuk uwaaaaa....

Friday, January 14, 2011

Rindu nak berblog kembali

Assalamualaikum...

lama betul aku xupdate blog,bukan xde story tp malaSSSSS..nak2 time pegnan ni malasnya menjadi2 huhuh...rindu pd kawan2 forum n blogger..korang entah masih ingat aku lagi x...sob...sob...sedih,tp jalan2 blog kawan2 rajin pulak...pejam celik pejam celik dah tahun baru kita anak2 yg sebaya amsyar dah masuk sekolah kejap je kan..

Aku pun sedang mengandung ank ke3(wah atif ko..hahaha,aktif sgt tu idak lew tp terlekat ekeke leh pulak mcm tu ye)

sekarang kandungan dah masuk 16mgu (4bulan) sgt2 teruk keadaan diri ni..malas masak,kemas rumah,layan anak yg dua ni pun malas...aduh terukkan ekekeke...xde apa yg rajin..knp ye???jgn ank dlm perut ni ngikut malas ummi dia sudah..makan pun selera merundum huhuh terasa risau dgn keadaan diri, byk kelainan pregnan yg ini..opsss korg mesti kata haaaa bb gurl kot..huhuh takut aku dgn harapan2 korg..apa2 pun boy or gurl aku terima dgn hati yg ikhlas..cuma terngin nak gurl pasal aku xde geng le..semua laki time raya deme berbaju melayu aku sorg je berbaju kurung..nak lah berseri cikit kan..

nak letak gambar terkini tp belum rajin jugak nak transfer gambar drpd camera ermm tu kan malas..tp xpe dtg ms rajin aku upload terus pic2 aku yg dah gumuk ni n ank2...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...