Followers

Thursday, February 24, 2011

Amalan-Amalan ketika Mengandung

  1. Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan
  2. Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam
  3. Membaca ayat-ayat Al-Quran
Surah-surah amalan ketika mengandung
  • Al-Fatihah dan ayat Kursi
  • Seluruh surah Yassin
  • Seluruh surah At-Taubah
  • Seluruh surah Yusuf
  • Seluruh surah Luqman
  • Seluruh surah Maryam
  • Surah An-Nahl ayat 7
  1. Membaca doa
    • Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
    • Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
    • Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194

رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
    • Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan

  1. Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri
    • Adab isteri terhadap suami ketika mengandung
      1. Mengasihi dan menyayangi suami
      2. Menjaga perkataan terhadap suami
      3. Tidak terlalu cerewet
      4. Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
      5. Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
      6. Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
      7. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.
  • Adab suami terhadap isteri
  1. Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
  2. Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar
  3. Selesaikan selisih faham
  4. Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
  5. Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat

Wednesday, February 23, 2011

Alahai anak ummi

Assalamualaikum

kali ni update kisah anak teruna aku sorang ni Aqeef kesianya dia kena chiken pox..hari ni dah seminggu dia kena,chkn pox pun dah mula kering..tapi alhamdulillah dia xmeragam pun makan minum pun selera melompat & bergaduh je kejenya dengan abg Amsyar...aku bersyukur sungguhpun dalam rumah ni dua org kena chkn pox sorg lagi anak buah aku tp agak mudah menjaga dorang sedang aku tgh mengandung ni...mudah2an semunya lekas sembuh



Aqeef dengan chicken poxnya..penuh dah satu badan sampai ke tapak kaki,dah habis kot keluarnya


Tuesday, February 22, 2011

FACEBLOG


Jom join FACEBLOG

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA


Monday, February 21, 2011

SUAMI ISTERI TUKAR JANTINA




Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,’Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah’

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia ber gegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.

Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan malam.

Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe… Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur…. … tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,’Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku

selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja’Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,’Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih.


Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….’

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari??? …Beranaaak? ??……. Waaaaaa.. tak
nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaak kkkk…!! !~~~~~ ‘

Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??’ Sergah satu suara di sisinya.Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,’Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??‘Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni…..’Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Nab terkedu , terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya…


* Moral of the story: Hargailah apa yang diberikan oleh tuhan kita…………..

Nota: ermmm rasakan mat kena bwk perut 9bulan wakakaka nasiblah kau mimpi kalo betul nyesal xsudah ko doa yg bukan2...




22 minggu kehamilan


Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram, dan dia berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit, dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus, sebab lemak bayinya belum datang lagi. Walaupun beratnya semakin meningkat setiap hari, kulitnya masih kelihatan berkedut-kedut dan dia masih perlu menambahkan berat badannya. Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk, walaupun iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap. Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon, sedang berkembang dengan baik.

Pada peringkat yang seawal inipun, tanda-tanda pertama gigi telah tumbuh dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi. Tak lama nanti, bayi anda akan lahir, dan tak lama selepas itu, gigi pertama akan muncul.

Anda mungkin telah bertambah berat badan antara 12 hingga 15 paun / 5.4 dan 6.8 kilogram. Bermula dari sekarang, anda akan menambahkan berat badan secara konsisten, dengan purata lebih kurang setengah paun / 225 gram setiap minggu. Anda mungkin mengidamkan makanan tertentu dan anda mungkin menyedari yang lelehan vagina anda berlebihan (tapi tidak berdarah). Kedua ini adalah perkara normal dalam kehamilan.

Saturday, February 19, 2011

Chicken pox lagi

Alkisahnya lagi yang masih aktif dalam rumah aku...bermula daripada suami aku,Amsyar dan sekarang Aqeef pulak...virus ni aku perasan la berjangkit bila orang yang kena tu dah mula sembuh..Amsyar sekarang dalam proses nak baik dah,tapi alhamdulillah Amsyar kena tak lah lama lebih kurang seminggu lebih je kalo nak dibandingkan dengan abah dia hampir 3minggu...

cabaran menjaga aqeef belum lagi la sebabnya chkn pox dia baru keluar 2,3biji,tunggu lah dah keluar semua memang meragam tak ingat lah..time tu rasa la aku camne nak handle dia,itu belum lagi tangan dia yang kompem nak menggaru,Amsyar senang je jaga dia,lagipun dia dah faham cakap kite pandai cakap sakit ke gatal ke senang aku nak bagitau dia apa2 kan..tapi adik ni haruslah aku bersabar dengan kerenah dia

ermmm dalam pada sibuk jaga dorang ni aku risau jugak hanya tinggal aku je lagi ni,lagi risau sekarang aku tengah mengandung..tanya doktor dia cakap kalau boleh cuba jauh la dari orang yg kena dikhuatiri akan berjangkit pada anak dalm perut..gluppp...terkedu aku,korang tau la kan mcmne la aku nak jauh daripada aqeef aku yang menjaga dia 24jam masih BF pulak tu,tapi aku cuba lah sedaya yang boleh...yg lebih aku mintak tolong suami jaga dia..seingat aku lah penah dah kena msa umur 5tahun itu pun berjangkit drpd abang aku..kalo tengok parut kat lengan ni masih boleh nampak..mudah2an aku dijauhkan lah drpd virus ni..

ummi harap anak2 umi lekas sembuh ye..untuk anak umi dlm perut mudah2an sihat hendaknya..

Thursday, February 17, 2011

Nama mencerminkan diri

Assalamualaikum

apa sebenarnya maksud tajuk di atas...ermm aku teringat cerita drama sempena maulidur rasul baru2 ni " Yang Terpuji " ada tak korang tengok...bila aku hayati maksud cerita tu memang benar nama seseorang itu membawa maksud pada diri sendiri..Nama budak tu AHMAD MUHAMMAD tapi ayah dia panggil mamat...kan ke jauh maksudnya,mamat tu membawa maksud mati..maka matilah jiwa dan rohani anak itu apabila di panggil dengan gelaran mamat..sedangkan nama asalnya membawa maksud yang terpuji..dlm tu dia sgtlah nakal..tp itu dia belakon kenyataanya mmg wujud kan..moga2 anak2 kita terhindar drpd kejahatan

sebab tu lah aku tak suka nak panggil anak2 aku dengan gelaran...nama apa yang aku bagi itulah yg aku panggil..tapi orang lain pulak yang panggil nama anak2 aku mcm2 bunyi dah aku dengar..macam nama aku NURUL HIDAYAH maksud cahaya petunjuk tapi mak aku pulak kata aku xboleh nak bawa nama tu..asyik nangis je masa kecik2 dulu la maka di tukarkan lah nama aku kepada Hanim...ha elok pulak..macam2 lah kan..sebab tu aku kalo cari nama selain sedap disebut dan didengar maknanya pun xlah terlalu berat pada anak aku tu nanti...dan yang sebenar2nya didikan kita juga kenalah cukup baik di dunia mahupun di akhirat..kalo nama dah indah tapi didikan xsempurna xjadi jugakkan...dua2nya perlulah seiring insyaallah akan lahirlah zuriat yang berguna...

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul


Selamat menyambut Maulidur Rasul SAW 12 Rabi’ul Awal 1432H / 15 Februari 2011.

Bersamalah kita memperingati perjuangan dan pengorbanan Rasulullah saw dlm menegakkan syiar Islam.. Dan bersama kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah saw.. Semoga kita mendapat syafaat daripada nya… Insyaallah…

Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku."
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah Malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku; oleh itu terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak berselawat sedikit atau banyak." (Sumber JAKIM)


Wednesday, February 9, 2011

chicken pox oh chicken pox

Assalamualaikum

oh chicken pox...aduh x sudah lg kisahnya..3mgu sudah abahnya kali ni bersambung ke Amsyar,huh jiwa kena kental nak2 aku sekarang tgh pegnan 5bulan..memang aku la yg menjaga dia tu pun siang la..malam abah dia pulak take over,aku risau jugak chiken pox ni kan mudah berjangkit risau kalo kena kat Aqeef dia dah lah masih kecik nak pulak asyik melekat je dgn aku susah la kan..berharap sgt virus ni stop kat Amsyar je..

hari ni dah 5hari chicken pox dia, dah mula kering n dah rasa gatal..budak2 ni senang baik bila kena n parut pun mudah hilang,kalo abah dia haritu lamanya nak kering ragamnya pulak lebih daripada anak yg kena huhuh..


kesian dia sebelah rumah ada kenduri kawin dia nangis2 nak g makan kat bawah khemah,tp apa kan daya xboleh..duk luar je lah,masa ni baru 3hari biji2 besar tu banyak kluar area mulut dia..


Monday, February 7, 2011

Scan 20 Minggu

Aku terkini 5bulan

Assalamualaikum

Hari ni ada appoinment untuk detail scan second trimester kat Vision College...appmnt pagi pukul 8.30pg,kul 8 aku dah tercongok kat sana..tunggu tak lama dalam 5minit dia dah panggil masuk..student yang buat scan tu lelaki le pulak adoi la xde ke student perempuan..dah lah bilik scan tu kecik dah aku berdua je dgn dia..segan sangat ok...mujurlah kerja dia xkasar n sangat teliti..

Biasalah kalo dah scan kat sana memang lama 2jam paling tidak..semua dia tgk tulang hidung pun dia ukur ok..alhamdulillah baby berkembang baik seiring dengan usia kandungan aku 20mgu..saiz pun tepat..air ketuban cukup,uri pun duk tempat yang betul,tali pusat bb pun ok,saluran darah pun baik...pendek kata semua dia tgk..dan buat masa ini baby ku sihat..

Masa scan dia kata bb cantik la utk ultrasound cuma dia sgt aktif gerak..hehehe memang pun skrg dah aktif dah dia..ermm last sekali tengok jantina...aku pun xtau le pasal dia pun bermungkin2 dgn aku pasal xnampak jelas duk kepik je kaki..tngan pun tutup muka..pemalu ke baby ni hehehe..nti ada next scan utk kepastian jantina..nti baru le boleh shopping apa yg patut kan..sepanjang hamil ni aku asyik jaga org sakit je dr suami hingga lah ke anak2..yang dlm perut ni tak berapa nak diberi perhatian tapi alhamdulillah baby sihat..harap2 sihat sampai dia lahir ke dunia...



Saturday, February 5, 2011

Corus Paradise Port Dickson

Pemandangan di sekitar kawasan corus paradise

jalan2 amik angin pagi

Keadaan bilik yang di landa ribut Amsyar & Aqeef...di mana2 mmg xleh kemas

ada je kerja nak di buatnya

at lobi after breakfeast...makanan sangat sedap xrugi le kan 1st time menginap di sini

1st day waktu petang bawak anak2 mandi laut asyik kolam renang je kan..

Amsyar yang mmg sentiasa dalam pelampung...kalo di lepaskan tanpa pelampung meraung ketakutan

Aqeef yang dah dibawa ombak ke tepi pantai hehehe

abah menjaga anak2 bujang,ummi amik gambar je


Dua beradik di kolam renang masa hari pertama jugak


Kolam renang kanak2 di bawah bumbung lobi,masa ni tgh hujan nasib boleh mandi lagi..kalo tak memang rugi le kan,budak2 tu pun asyik nak berenang je..best sangat

Bilik kami menginap 3hari 2malam...PUAS HATI...,lain kali p PD boleh datang lagi xpun cuba hotel lain pulak



Assalamualaikum

gambar2 atas ni masa aku anak beranak pergi bercuti masa raya cina baru2 ni...alah x jauh mana pun selangkah je dgn rumah hehehe...port Dickson saje...aku menginap di Corus Paradise Resort..tempat menarik permandangan pun sgt cantik..anak2 pun enjoy...lama sangat x cuti2 malaysia lepas ni xleh cuti kena simpan duit utk bakal baby nak lahir ni..ok sekian saje :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...