Followers

Friday, April 8, 2011

Sawan Demam

Pada sesiapa yang tidak tahu apa itu sawan demam & cara nak mengatasinya ni aku ada tulis sikit info sebagai rujukan kita bersama...ditulis semula melalui info pada pamphlet kesihatan


APA ITU SAWAN

Sawan ialah tindakbalas badan apabila terjadinya berlebihan gangguan pada aktiviti elektrik di otak yang menyebabkan keadaan yang tidak sedarkan diri, pergerakkan atau deria tidak normal

APA ITU SAWAN DEMAM

Sawan demam ialah sawan yang berlaku apabila suhu badan melebihi 38'c di mana tanpa demam anak tiada sawan dan tiada bukti klinikal atau ujian makmal yang menunjukkan jangkitan pada sistem saraf.

Sawan disebabkan demam terlalu tinggi yang berpunca daripada jangkitan bahagian atas saluran pernafasan atau jangkitan dalam telinga. Biasa berlaku pada hari pertama atau kedua demam dan ia cuma berlaku untuk beberapa minit. Kanak-kanak berumur antara 6bulan dan 2tahun terdedah kepada sawan demam

3% bayi yang normal mendapat sawan demam. Anak lelaki lebih berisiko mendapat sawan demam

TANDA-TANDA SAWAN DEMAM

  • Badan panas
  • Badan/ kaki/ tangan tegang
  • Kaki/ tangan tergoncang tanpa rangsangan
  • Muntah atau mulut berbuih
  • Terkencing atau berak
  • Mengetap gigi
  • Mata putih berpusing ke atas, bernafas dengan kuat
  • Terjatuh
  • Tertidur/ tidak sedarkan diri seketika, kemudia aktif semula


APA PERLU ANDA BUAT

ktika demam, kuarangkan suhu badan anak dengan:
  • Pakaikan baju nipis
  • Lapkan kepala dan badan anak dengan kain basah
  • berikan ubat paracetamol mengikut sukatan
  • Galakkan minum air banyak
  • Berikan pengudaraan yang baik/ pasangkan kipas


Ketika Sawan berlaku,
  • anda perlu bertenang
  • Letak anak dalam keadaan mengiring dan biarkan mukanya terdedah ke sisi bagi membolehkan apa-apa muntah mengalir keluar(bahaya sekiranya muntah masuk semula ia akan masuk ke paru-paru)
  • longgarkan sebarang pakaian anak yang ketat di leher untuk memudahkan anak bernafas
  • sentiasa berada di sisi anak
  • jauhkan anak dari barang-barang atau tempat merbahaya
  • tunggu sehingga sawan berhenti tetapi sekiranya sawan melebihi dari 5minit, bawa anak ke hospital/ klinik dengan segera
  • jangan masukkan apa-apa objek seperti sudu ke dalam mulut anda untuk menghalang gigi daripada tergetap(bahaya ni kalo lah sudu tu patah dikuatiri anak anda akan tercekik)
  • ketika anak sedang sawan jangan goncanggkan anak anda
  • jangan berikan sebarang ubat atau masukkan ubat ketika anak sedang sawan...tunggu sehingga sawan anak anda berhenti


Selepas sawan berhenti anak anda akan berasa letih dan mugkin tertidur. Biarkan anak anda tidur, bersihkan muntah anak anda jika ada. Teruskan usaha anda mengurangkan suhu badan anak. Hubungi doktor segera.


BOLEHKAH SAWAN DEMAM BERULANG?

sawan demam boleh berulang sekiranya sawan yang pertama berlaku semasa anak masih bayi dan ada sejarah Keluarga sawan demam. 25% anak yang pertama kali mendapat sawan demam akan mengalami sawan demam berulang

1 comment:

nur said...

ank sedara sy penah kena sawan demam, sgt2 panik sbb masa tu sy yg jaga dia. nasib baik mak cpt dtg, kalo x xtau nk watpe sbb sy panik masa tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...