Followers

Saturday, April 16, 2011

Durian vs Kehamilan

vs


tajuk tu menunjukkan aku yang sekarang memang dah teringin sangat nak makan tapi masih takut2....akhirnya en suamiku beli juga tapi???? bukan 2,3biji dia p beli 12biji toke durian kasi lelong kat dia pasal dah lewat malam nak tutup kedai...huhuh amik kau termenung depan durian hehehe...tapi aku idok lew makan sampai bersila mengadap gitu...rasa 3,4 ulas saje yg lebihnya bagi mak aku cikit mak mertua cikit dan buatkan kuah durian kat suami tercinta yang telah belikan aku durian 12biji ehhehehe...tapi bini dia ni hanya boleh makan cikit je tak berani amik lebih kang xpasal2 kena diabetis pulak...

risau jugak nak makan tu tapi terjumpa satu info pasal durian & kehamilan,dalam info tu pun tulis makan dalam kuantiti cikit saje jd aku pun makan cikit je bagi hilang kempunan...kena pulak musim dia sekarang mana tahan aku tgk je kan nak la jugak rasa ekekeke

kat bawah ni info yang aku dapat dari baby center mengenai durian dan kehamilan
.....................................................................................

Adakah selamat untuk saya makan durian semasa kehamilan?


Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan. Sebagai contoh, pendekatan tradisional orang Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu “panas” untuk dimakan semasa kehamilan. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti orang Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan raja buah ini.

Dengan tegas dinyatakan bahawa tidak terdapat sebarang kajian mengenai keselamatan makan durian semasa kehamilan. Pada masa yang sama, sains moden tidak menjumpai sebarang sebab untuk mengatakan ianya tidak selamat untuk makan durian. Tiada sebarang sebab untuk mengatakan bahawa makan durian semasa kehamilan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi pada bakal-bakal ibu atau ruam lampin pada bayi baru lahir.

Walau bagaimanapun, seorang wanita yang hamil hendaklah makan durian dalam jumlah yang sedikit kerana buah ini mengandungi banyak gula dan karbohidrat – dua ulas yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori. Durian adalah dalam kumpulan makanan yang mengandungi glisemia tinggi, oleh sebab itu, adalah baik untuk menghadkan pengambilannya semasa kehamilan. Mereka yang mempunyai diabetis kehamilan hendaklah mengelakkan diri daripada makan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Beberapa orang penyelidik telah menekankan faedah sulfur organik dan triptofan yang terdapat dalam durian. Sebatian-sebatian ini mengandungi kesan antioksida. Ia juga mengandungi ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan antikulat yang baik untuk kehamilan.

2 comments:

Anonymous said...

kalau bidan plak , tuk org2 yg nk ngndung xleh makan doyan cz panas..

tp kalau bby kecik lg, takat rasa2 tu bley je.. jgn bantai cm mkn nasi udah lew huhuhu

ieda said...

rasa dalam 3,4 ulas jugak lah tu pun dah pening kpala huhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...