
untuk besday boy...semoga membesar jadi anak yang cerdik serta berjasa pada ibu ayah & juga taat segala perintah Allah...
tag
Faisyah
pja
referral : cempaka kuning
Adyshariz Lucky Draw

Checkup 31minggu
Wekend yang lepas (pureen sales)
keinginanku saat2 mengandung
sepanjang mengandung ni mesti macam2 yang teringin nak makan kan walaupun benda tu makanan biasa2 je...macam aku xde lah teringin makan yang pelik2 semuanya yang mudah di cari & di masak sendiri...okey 1st aku nak sangat makan spagethi meatball...sudah pun dapat makan & puas hati kerana aku sendiri yang masak, tapi gambar atas ni bukanlah yg aku masak ni gambar dr google..aku kalo masak jarang la nak tgkap2 gambar ni hehehe..
Raja buah durian...selamat dah aku merasa...tapi xmakan banyak mana pun 3,4 ulas je itupun dah pening2 lalat...ngandung yang ni sensitif cikit dulu durian ok je makan tp yang ni agak pening2 lepas makan...xmau dah hahahaha
yang ke3 satay....tah kenapa teringin sangat nak makan satay...nak satay Hj Samuri je xnak yang lain..walaupun bagi sesetengah orang biasa2 je makan satay ni tapi saat2 aku tengah mengandung ni satu kepuasan rasanya.. :)
wow pizza nyum nyum...kalo tengok gambar ni xde dah teringin sebabnya dah dapat makan awal2 mengandung hari tu masa besday aku bulan2 en suami belanja...tq abang :)aku bila dah dpt makan apa yg di idam2kan sekali je dah cukup xperlu ulang2..kata ngidam kan kalo selalu makan bukan ngidam namanya tu hehehe
Mee udang...sepanjang hidup aku yg dah 26tahun ni xpenah sekali tau aku makan mee udang & rasanya mcmne pun aku xtau (jgn xpercaya ok tp itulah kebenaranya)..tapi mengandung kali ni tetiba je nak makan sampai sanggup aku ajak hubby g cari kat tempat yang kluar kat jalan2 cari makan tv3...tapi sungguh sedih kedai tu tutup...alahai memang frust tul aku rasa..sudahnya beli kat puchong ni je..rasanya ok lah xteruja sangat mgkin sebab yang di cari xdapat huhuhuh
Coklat pun teringin ka????hahaha tu la dia tgh ngandung ni makanan simple pun leh di idam2...aku ni kalo xmengandung memang jaranglah sangat makan coklat,kalo makan pun coklat cadbury jew..tapi kali nak coklat yang ni...suamiku dah beli pun semalam tp masih belum di makan hehehe...tgu mood baru leh makan...apa punya peel la dah beli tgu mood lak makan
ikan bakar cicah air asam...ermmm masih belum dapat..harus di cari jugak sebelum bersalin ni,memangdangkan ikan bakar hanya ada pada hari bekerja maka aku xdptlah nak makan, suamiku keje..nak masak harap maklum le tgh2 mcm ni xlarat + malas ish ish ish...
nyum nyum cheesecake...dah selamat dah makan masa besday aku bulan 2 hari tu hehehe,kek nya sangat sedap hand made xde di jual di kedai kek,tp bukanlah aku yang buat org lain le ekekeke
Aiskrim Cornetto,amboi yang ni kalo beli compem berebut dengan budak2 ni...belum lagi dapat makan..ngandung kali ni suka sangat aiskrim tapi yang satu ni aku lum lagi beli xpe esok2 boleh beli senang je nak cari hehehe
Little Dreamland Stylista Contest
BEN ASHAARI GEGAR LAGI
Durian vs Kehamilan

Set Bersalin

check up baby 29minggu
White Pouch GA oleh 'Lulu Caldina' DAN 'Lenloy-Closet'.
yuhuuuu....join GA lagi...macam biasa nak join klik banner hadiah di atas
29minggu dah...
(Minggu ke-29 hingga minggu ke 40)
Kali ini kita akan mengikuti minggu yang seterusnya sepanjang perjalanan kehamilan kita selama tempoh 9 bulan.
Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.
Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.
Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.
Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.
Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.
Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.
Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.
Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.
Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.
Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.
Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.
Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi. Bersabar dan saya berharap semuanya selamat.
" Baby Nurkheir 1st Giveaway Si Manja Chumil Bertudung/ Berbaju Melayu"
pada yang nak join klik saje pada banner k :)
Nama Penuh: Hafiz Amsyar B. Shahril Ridzuan
ARIANA'S STORY 1st Give Away
Contest sedap mata memandang
join contest lagi sape2 nak join klik saje pada banner
Sawan Demam
Sawan tarik kali ke2
Durian oh durian
1st GA SUKA DUKA TAWA

kelebihan seorang wanita..
Anak bujang Ummi
GA - Senyuman si cilik
nak join klik saje pada banner