Followers

Saturday, January 22, 2011

Doa Buat Suami


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa Ku yg telah Ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami Ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan Dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami Ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih Dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami Ku ini adalah bidadara untuk Ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk Dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami Ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami Ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah Dan ragamnya

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami Ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami Ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami Ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan Dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar Dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah ...
sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati Dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran Ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal Ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
dan aku memohon agar suami Ku untuk diri ku seorang saja.

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati suami

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..


wajah suami tercinta...kesian dia sekarang kena chicken pox...ida doakan abang lekas sembuh



Saturday, January 15, 2011

Aku Semasa Hamil

Assalamualaikum...

kali ni update gambar2 terkini saje ye...hihih xmau citer2


gambar ni masa kandungan sudah 2bulan..

Masa ni bawa anak2 jalan kat Shah Alam...kandungan baru 5minggu

Budak2 ni dah xnak diam masing2 nak lari...xlarat ummi nak kejo huhuh

posing dgn aqeef je,amsyar dah terlepas

haaaa yang ini aku dah 4bulan,sgt sendat,bulat dan padat hehehe...jenuh le nak kurus mcm ni
eh...kenapa masa 3bulan xde...hahaha...alah 3bulan xde beza dgn 4bulan..yg pasti aku dah gemuk uwaaaaa....

Friday, January 14, 2011

Rindu nak berblog kembali

Assalamualaikum...

lama betul aku xupdate blog,bukan xde story tp malaSSSSS..nak2 time pegnan ni malasnya menjadi2 huhuh...rindu pd kawan2 forum n blogger..korang entah masih ingat aku lagi x...sob...sob...sedih,tp jalan2 blog kawan2 rajin pulak...pejam celik pejam celik dah tahun baru kita anak2 yg sebaya amsyar dah masuk sekolah kejap je kan..

Aku pun sedang mengandung ank ke3(wah atif ko..hahaha,aktif sgt tu idak lew tp terlekat ekeke leh pulak mcm tu ye)

sekarang kandungan dah masuk 16mgu (4bulan) sgt2 teruk keadaan diri ni..malas masak,kemas rumah,layan anak yg dua ni pun malas...aduh terukkan ekekeke...xde apa yg rajin..knp ye???jgn ank dlm perut ni ngikut malas ummi dia sudah..makan pun selera merundum huhuh terasa risau dgn keadaan diri, byk kelainan pregnan yg ini..opsss korg mesti kata haaaa bb gurl kot..huhuh takut aku dgn harapan2 korg..apa2 pun boy or gurl aku terima dgn hati yg ikhlas..cuma terngin nak gurl pasal aku xde geng le..semua laki time raya deme berbaju melayu aku sorg je berbaju kurung..nak lah berseri cikit kan..

nak letak gambar terkini tp belum rajin jugak nak transfer gambar drpd camera ermm tu kan malas..tp xpe dtg ms rajin aku upload terus pic2 aku yg dah gumuk ni n ank2...


Wednesday, December 1, 2010

RUNGSING!!!

Assalamualaikum...

ermmm kali ni aku nak cerita satu masalah le..dah la sejak 2 menjak ni mood aku tah ke mana2..dengan anak2 demam ya amat lama, yg Amsyar kuar wad pas 3mgu demam semula aduh...yang adik pula dah sebulan demam on off..mmg rungsing..tp skrg alhamdulillah anak2 semakin sehat tp lain pulak masalah..ya allah tengah2 mengandung ni memang mcm2 ujian pada aku..

Aqeef sejak sebulan lepas demam badan memang susut sangat..tambah pening kepala aku susu langsung tak nak..makan tu makan la tapi mcm kurang selera..memang merungsingkan..demam baru je baik setelah sebulan tak baik2..tapi sedih tengok badan dia yang dulu berisi sekarang dah kurus sangat..b4 ni berat 9kg lebih & kalo ikut timbang umur skrg dah 10 kilo lebih tapi dah tgl 8kg lebih je...apa agaknya ye menyebabkan dia xnak susu..muak mungkin jugak,tp susu coklat pun dia reject..makan pun dah xbersungguh mcm dulu..sejak demam ni la dia berubah habis kena pulak demamnya lama..aku dah berusaha bw klinik,hospital tp masih gak demam last aku bw g klinik kesihatan je n amik darah sekali..rupanya dlm darah ada jangkitan kuman tu pasal la demam xnak baik2..now dah sihat tgl batuk je..mungkin sbb tu la semua selera minum n makan dia merundum..

kawan2 tolong aku mcmne nak handle masalah ni..dulu Amsyar pun sama ms aku sebulan lg nak bersalin kan aqeef xnak susu jugak..tp ms aku bersalin tiba2 dia nak lak..dah masa tu tgl dgn opah dia..sekilo gak turun berat dia..skrg adik lak buat perangai...baru 1thn 7bulan dah xnk susu..sebelum ni pun dia susu badan,skrg susu dah makin kering sbb aku pregnan..rasa sgt stress la..tolong aku ye kalo ada pendapat yang boleh membantu utk naikkan semula berat badan dia wlpun dia x minum susu..

lagi satu vitamin apa yang bagus utk kanak2 ni..tgk skrg dorg ni kerap demam mudah sgt berjangkit drpd org yg x sehat..


Thursday, November 4, 2010

Pengalaman semasa Amsyar kena demam Sawan tarik

kali ni aku ingin berkongsi dgn kawan2 pengalaman semasa Amsyar kena demam sawan tarik...sebelum ni aku hanya dengar abg aku bercerita pasal anak dia penah kena dan cara2 dia hadapi masa anak kena tarik tu..xpenah lah tgk dgn mata sendiri..tp 28/10 baru2 ni terjadi sendiri pada Amsyar...

ceritanya begini,rabu tu amsyar dah batuk2..aku pun xsedap hati eh budak ni tetiba je batuk..aku pun start bg dia ubt batuk takut2 melarat sampai demam pulak..tp batuk xkurang pun melarat sampai hari khamis makin teruk sampai dengar batuk dia berkahak..pegang kepala dia aduh dah panas nak demam..aku pun call suami bgtau balik cepat nak bawa amsyar ke klinik..dia kata ok..sebelum tu aku lap2kan kpala dia dgn kain basah n jelum air asam jawa dari kepala sampailah ke kaki.. tp aku perasan dia mcm susah nak bernafas padahal dia xselsema n gelisah macam kesejukan kaki dia mmg dah sejuk mcm ais , tu yg aku terus basah2kan badan dia,hari tu dia masih aktif bangun main2 dgn aqeef cuma mulut dia xbape nak bercakap diam je..tghari tu suap nasi,dia makan wlpun cikit xde selera kan..dalam kul 3 lebih camtu aku buatkan susu pulak lepas tu dia batuk terus muntahkan balik susu..aku rasa bdn dia panas dah aku pgil mak aku suh tgkan adik.pasal aku kena gak bw dia g klinik tgu suami aku lambat ni..masa tu dia tgh baring tgk kartun aku borak2 dgn dia tanya sakit kepala ke dia geleng pastu aku tgk dia dah lain mcm apa yg aku ingat masa tu dia duduk n mata dah ke atas nampak mata putih je tangan dua2 genggam..aku pgil2 xde respon aku angkat dia cuba utk dirikan mmg keras dgn kata lain dah kejang 1badan jari2 kaki dah serong semuanya bdn menggigil sambil tangan di hentakkan..

aku panik mau tak nya sepanjang usia dia xpenah kena tarik..kalo dmm pun demam biasa je..aku pgil mak aku masa tu mak pun panik gak pasal dia pandang amsyar muka bibir dah biru2 semuanya..aku letak amsyar kat mak n ambil air siramkan badan dia ke kepala dlm 2x siram mcm tu baru dia sedar n batuk..aku pun ambil tudng n lambai je pakistan belakang rumah ni bawak aku g klinik berdekatan..masa tu aku dah xkira segan dah yg ada dlm kpala ni nak selamatkan amsyar..dia masa tu pun dah lembik sgt..aku nak start kete lg lambat tu yg pakistan tu anta naik moto je...bila dikenang2kan kelaka pun ada tp ye lah dah panik xsedar apa dah..

sampai klinik doc masukkan ubat montot tu n lap2 badan dgn kain basah n buat surat refer ke hospital coz ni 1st time kena takut terjadi lg..call suami bgtau amsyar kena tarik suh balik skrg bw spital.sampai je spital terus ke emergency department..amsyar kena amik darah n 1/2jam camtu doc kata kena admit pasal nak monitor dmm n takut2 kena sawan tarik lg..maka bermulalah episod 5hr 4mlm di hospital serdang...hari ke2 n ke4 kena masuk air sbb dia xnak mkn n minum lgsung panas bdn pun cecah 39..2mlm aku tgu 2mlm suami yg tgu...

mcm tu lah pengalaman aku bila amsyar kena sawan tarik ni..aku pun sampai2 lupa yg skrg tgh pregnan ye lah aku berulang alik dr spital ke rumah bw kete sorg2 setelah skian lama xbw kete..aku kena gak balik pasal aqeef malam dia nyusu..sguh penat tp skrg alhamdulillah amsyar semakin baik n adik pulak berjangkit dmm..tp aku sentiasa berjaga utk cek suhu dia n lap2kan kepala n jelum air asam jawa..adik pun dah mula nak sihat harap2 sihatlah kedua2nya..

lepas ni beringatlah bila anak2 mula demam cepat2 bw ke klinik n buat sesuatu utk turunkan suhu badan dia..termometer mesti ada kat rumah n ubat demam..aku tanya doc kat spital ubt montot tu boleh masukkan ke dia kata xdigalakkan pasal takut terlebih dos or kurang dos..so better bg paracetamol.. tp ada jugak yg kta ubt tu lg elok coz cepat turunkan suhu badan,tp masa doc kat klinik masukkan ubat tu badan amsyar still panas tu yg doc suh g jugak hospital.. mana 1 ye yg tepat...risau dgn sawan tarik ni bila skali dah kena kemungkinan nak kena lg tu tgi sampailah usia 6tahun..berharap ianya xberulang..




langkah awal semasa anak kena sawan tarik:

1.bawa anak ke lantai & baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak. (jd bila anak muntah dia xkan masuk semula ke dlm sekiranya masuk dlm perut xpe dikhuatiri masuk ke paru2 memang kes ICU..sgtlah bahaya)

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih tu... Jgn bg dia tertelan air liur dia sendiri sebab bleh menyebabkan dia mati lemas/ tercekik.

3. Jgn bg anak ketap gigi.. takut terketap lidah dia...

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tgh kejang, bg dia sedar dulu pastu basahkan kaki dia dgn air sejuk. Bila dia dah sedar/ menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau takde ubat buntut kat rumah, bila anak dh sedar tu.. cepat-cepat bw ke klinik. Doktor akan bg rawatan selanjutnya.


Tuesday, September 28, 2010

Contest teka duit syiling 50 sen

jumlah yang di teka : RM98

saje suka2 nak join contest yang kak yies buat..

maklumat lanjut klik


Syarat Penyertaan : MUDAH SAJE

1. Terbuka kepada kesemua blogger yang mengetahui atau terjumpa atau terbaca atau terikut atau sebagainya mengenai blog nie.

2. Sudi menjadi FOLLOWER di blog ini (sukarela yer..tiada paksaan..seperti biasa la, kalo buat contest mesti menjadi follower..bukan per..senang nak review blog peserta nanti)~DONE~

3. Add kan LINK blog ini pada blog memasing.~DONE~

4. Add kan LINK contest ini di entry memasing yer.~DONE~

5.Add kan banner contest di side bar blog memasing.~DONE~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...