Followers

Thursday, November 4, 2010

Pengalaman semasa Amsyar kena demam Sawan tarik

kali ni aku ingin berkongsi dgn kawan2 pengalaman semasa Amsyar kena demam sawan tarik...sebelum ni aku hanya dengar abg aku bercerita pasal anak dia penah kena dan cara2 dia hadapi masa anak kena tarik tu..xpenah lah tgk dgn mata sendiri..tp 28/10 baru2 ni terjadi sendiri pada Amsyar...

ceritanya begini,rabu tu amsyar dah batuk2..aku pun xsedap hati eh budak ni tetiba je batuk..aku pun start bg dia ubt batuk takut2 melarat sampai demam pulak..tp batuk xkurang pun melarat sampai hari khamis makin teruk sampai dengar batuk dia berkahak..pegang kepala dia aduh dah panas nak demam..aku pun call suami bgtau balik cepat nak bawa amsyar ke klinik..dia kata ok..sebelum tu aku lap2kan kpala dia dgn kain basah n jelum air asam jawa dari kepala sampailah ke kaki.. tp aku perasan dia mcm susah nak bernafas padahal dia xselsema n gelisah macam kesejukan kaki dia mmg dah sejuk mcm ais , tu yg aku terus basah2kan badan dia,hari tu dia masih aktif bangun main2 dgn aqeef cuma mulut dia xbape nak bercakap diam je..tghari tu suap nasi,dia makan wlpun cikit xde selera kan..dalam kul 3 lebih camtu aku buatkan susu pulak lepas tu dia batuk terus muntahkan balik susu..aku rasa bdn dia panas dah aku pgil mak aku suh tgkan adik.pasal aku kena gak bw dia g klinik tgu suami aku lambat ni..masa tu dia tgh baring tgk kartun aku borak2 dgn dia tanya sakit kepala ke dia geleng pastu aku tgk dia dah lain mcm apa yg aku ingat masa tu dia duduk n mata dah ke atas nampak mata putih je tangan dua2 genggam..aku pgil2 xde respon aku angkat dia cuba utk dirikan mmg keras dgn kata lain dah kejang 1badan jari2 kaki dah serong semuanya bdn menggigil sambil tangan di hentakkan..

aku panik mau tak nya sepanjang usia dia xpenah kena tarik..kalo dmm pun demam biasa je..aku pgil mak aku masa tu mak pun panik gak pasal dia pandang amsyar muka bibir dah biru2 semuanya..aku letak amsyar kat mak n ambil air siramkan badan dia ke kepala dlm 2x siram mcm tu baru dia sedar n batuk..aku pun ambil tudng n lambai je pakistan belakang rumah ni bawak aku g klinik berdekatan..masa tu aku dah xkira segan dah yg ada dlm kpala ni nak selamatkan amsyar..dia masa tu pun dah lembik sgt..aku nak start kete lg lambat tu yg pakistan tu anta naik moto je...bila dikenang2kan kelaka pun ada tp ye lah dah panik xsedar apa dah..

sampai klinik doc masukkan ubat montot tu n lap2 badan dgn kain basah n buat surat refer ke hospital coz ni 1st time kena takut terjadi lg..call suami bgtau amsyar kena tarik suh balik skrg bw spital.sampai je spital terus ke emergency department..amsyar kena amik darah n 1/2jam camtu doc kata kena admit pasal nak monitor dmm n takut2 kena sawan tarik lg..maka bermulalah episod 5hr 4mlm di hospital serdang...hari ke2 n ke4 kena masuk air sbb dia xnak mkn n minum lgsung panas bdn pun cecah 39..2mlm aku tgu 2mlm suami yg tgu...

mcm tu lah pengalaman aku bila amsyar kena sawan tarik ni..aku pun sampai2 lupa yg skrg tgh pregnan ye lah aku berulang alik dr spital ke rumah bw kete sorg2 setelah skian lama xbw kete..aku kena gak balik pasal aqeef malam dia nyusu..sguh penat tp skrg alhamdulillah amsyar semakin baik n adik pulak berjangkit dmm..tp aku sentiasa berjaga utk cek suhu dia n lap2kan kepala n jelum air asam jawa..adik pun dah mula nak sihat harap2 sihatlah kedua2nya..

lepas ni beringatlah bila anak2 mula demam cepat2 bw ke klinik n buat sesuatu utk turunkan suhu badan dia..termometer mesti ada kat rumah n ubat demam..aku tanya doc kat spital ubt montot tu boleh masukkan ke dia kata xdigalakkan pasal takut terlebih dos or kurang dos..so better bg paracetamol.. tp ada jugak yg kta ubt tu lg elok coz cepat turunkan suhu badan,tp masa doc kat klinik masukkan ubat tu badan amsyar still panas tu yg doc suh g jugak hospital.. mana 1 ye yg tepat...risau dgn sawan tarik ni bila skali dah kena kemungkinan nak kena lg tu tgi sampailah usia 6tahun..berharap ianya xberulang..




langkah awal semasa anak kena sawan tarik:

1.bawa anak ke lantai & baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak. (jd bila anak muntah dia xkan masuk semula ke dlm sekiranya masuk dlm perut xpe dikhuatiri masuk ke paru2 memang kes ICU..sgtlah bahaya)

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih tu... Jgn bg dia tertelan air liur dia sendiri sebab bleh menyebabkan dia mati lemas/ tercekik.

3. Jgn bg anak ketap gigi.. takut terketap lidah dia...

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tgh kejang, bg dia sedar dulu pastu basahkan kaki dia dgn air sejuk. Bila dia dah sedar/ menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau takde ubat buntut kat rumah, bila anak dh sedar tu.. cepat-cepat bw ke klinik. Doktor akan bg rawatan selanjutnya.


4 comments:

ILA HAFIZ said...

siannya amsyar. semoga dia & adik cepat sihat. kalau kak ila pun panik gak ieda.

ieda said...

panik xusah cakap lah..memang panik,tp dlm panik jgn sampai blur ksian lak kat anak..

saveme_zero said...

syukur...ieda cpt bertindak. klu ksu pun,mau panik..huhu.

eLYies said...

huhuhu....nasib baik la masa tu ieda ader...risaunya..huhuh...

ieda..peknen ke??? akak tak tau..tahniah yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...