Followers

Saturday, March 19, 2011

Lagi 100 hari


Amsyar & umi yg dah 6bulan,gambar di genting baru2 ni


Alhamdulillah sekarang usia kandungan dah masuk 25minggu 5hari....kalo ikut perkiraan ticker aku tu 100 hari saje lagi aku nak melahirkan...Persiapan??? rasanya anak yg ketiga ni persiapan ala kadar je tak lah semeriah anak sulung dulu semua benda nak di beli ye tak...kali ni belila baju baru cikit sebagai menyambut kelahiran baru kan n playpen tu je lah yang lain2 guna abg2 punya jew...

Keadaan aku pulak sekarang berat dah 65.3kg uishhh memang dah berat sangat lew pd aku yg dulu budak2 tu berat sekarang aku dah bersalin dah tp yg ni baru 6bulan agak2 nak sampai ke 9bulan ada ke 70kg,haiii memikio pulak nak turun berat ni..tak mau lew duk membeli baju baru je lepas bersalin asyik lari saiz jew..berat target aku dlm 52kg...pantang tak boleh malas2 ni wlpun anak dah 3 kena rajin kalo tak jangan mimpi ye nak slim huhuhuh..time tu je urat2 semua kulit2 perut tengah lembut lepas pantang jenuh la aku mmg xberdiet punya pasal BF kan tapi tu pun membantu juga dlm melangsingkan bdn,bonus buat si ibu...

ermmm tapi sekarang tengah mood sakit,batuk dan selsema dah 5hari ni ubat batuk hanya mkn bila aku rasa teruk jew,wlpun selamat tp aku tetap risau..antibiotik pun kena habiskan jugak sebabnya batuk dah dijangkiti kuman sesak nafas tau aku dibuatnya..xleh nak citer bayangkan je lew..tambahan pulak anak aku aqeef demam pulak tetiba je...demam dia pulak suhu mak aiiii tinggi lg merisaukan...sambung lah aku berjg mlam sampai ke hari ini,yg Amsyar pun duk batuk n selsema stanby je le kalo demam,itu lg parah kalo dmm mmg xboleh terlepas pandang pasal dah ada sejarah sawan tarik kan tak nak lah aku ianya berulang,biarlah aku berkorban masa dan tenaga jaga dia asalkan dia terhindar dr sawan tarik(dgn izin allah)

Monday, March 7, 2011

Produk Kecantikan


kalo nak jengah website dia klik riz:reni

kali ni aku saje je la kan nak tanya korang sekarang duk pakai kosmetik apa...sekarang aku tengah stop dari pakai sebarang produk2 kecantikan sehinggalah habis pantang nti...tapi saje la nak berkongsi di sini...aku dulu masa bujang pakai produk Rizreni mungkin ada yg tak pernah dgr nama produk ni tapi hasil memakainya sangatlah memuaskan sampai dulu bakal mak mertua perasan kulit ku cantik ahaksss ngeeeee...tapi masa tu aku tgh belajar jadi mudah utk dptkan produk ni pasal company dia dkt wangsa melawati..aku study kat gombak je..aku kalo produk ni mmg xkan beli dr kedai2 luar,barang tiruan banyak lgpun produk ni susah nak jumpa kedai2 biasa..

tapi lepas habis study aku duk puchong dah la jauhnya nak p beli kat sana,maka tukarlah aku kpd produk natasya...elok tu mmg elok...mak andam nak mekapkan aku ckp senang dik mekapkan ko xbyk keje kulit halus je..xtau lah aku sbb produk natasya ke or mmg kulit aku bukan jenis yg bermasalah sgt..jerawat 2,3 ketul tu ada la jugak..penah sekali tu aku beli natasya n hasilnya xmemuaskan lgsung,mula la aku pk confirm tiruan ni..muka gatal2...sejak dari tu sampai skrg xtau lah aku nak cuba produk apa...byk yg tiruan dr yg original..mcm rizreni tu mmg susah nak cari kat luar natasya kan femes mula la byk yg nak tiru...nasibla kulit muka aku xrosak...

ingat lepas pantang nti nak pakai balik Rizreni...aku bukan promote ye tp pengalaman aku je..member aku sampai skrg pakai ya allah dah cantik dah dia kulit dia berminyk n jerawat tp skrg xde dah member2 sekolah hampir xcam dia..tgu nti aku nak cuba balik adakah hasilnya masih memuaskan...


24minggu sudah

Alhamdulillah sekarang kandungan aku dah pun masuk 24minggu(6bulan) kejap je rasa,mengandung kali ni pun xde banyak masalah, berat aku pun naik normal dr mula2 mengandung sampai skrg..berbezalah dulu pregnan berat sah2 naik mendadak je tiap2 bulan...habis tu selera makan tu ada je...yang kali ni selera tu tak lah pantang nampak...makan mcm biasa je kadang2 malam aku hanya makan roti cicah air milo je...boleh tahan tu..bukan diet ye tp itu je yang aku selera..

last timbang bulan lepas(5bulan) 62.3kg...minggu depan checkup entah la naik normal ke or terlebih...3bulan lagi insyaallah lahirlah ank aku yg ke3 ni...takut tu confirm la ada wlpun dah no3 yang dua2 tu induce jd aku xlah merasa sakit dr rumah n suami aku pun xkelam kabut...tp yang ini xtau la aku mcmne xpenah lg rasa sakit bersalin normal,risau sakit time suami keje..mesti huru hara gamaknya..

minggu lepas dah scan,doc nampak dah jantina baby...tanya dia berapa peratus doc???dia jwb 85%...aku berserah je pd allah apa yg penting baby lahir sihat dah selamat...persiapan anak kali ni satu apa pun xbeli lg..baju2 amsyar dulu aqeef dah pakai tp nmpknya xdan sampai yang ni dah lusuh sgt aku tgk kena jugaklah beli 2,3 helai...bulan depan scan lg nak confirmkan jantina...yg dua2 anak aku tu dgn doc yg aku pegi ni la mmg dia akan bg peratus dgn jantina yg dia nampak...alhamdulillah betul lah apa yg dilihatnya..tp yg ni masih aku merguinya...hehehe wlpun doc berpengalaman tp ia tetap di lihat melalui alat imbasan....nak tau lebih tepat tgu lg 3bulan sah2 tau boy ke girl...dup dap dup dap...



Gambar terkini


aku yang dah 6bulan...bulat kan...gambar di genting higland larat tu berjalan..


Thursday, March 3, 2011

Timbang Berat Blog



jom kita timbang blog,bukan kita je ye leh timbang berat blog juga boleh, nilai terbaik utk sesebuah blog adalah di bawah 100kb tp blog aku 132kb huh berat cikit...klik TIMBANG BERAT BLOG untuk timbang blog anda


23minggu kehamilan


Berat bayi anda sekarang lebih sedikit dari satu paun / 500 gram dan dia berukuran lebih kurang 11.4 inci / 29 sentimeter dari mercu kepala ke tumit. Pendengarannya telah mantap sepenuhnya dan dia boleh mengecam satu versi suara anda yang pincang, selain bunyi denyutan jantung anda dan bunyi deram-derum perut anda. Bunyi-bunyi kuat yang boleh didengarinya dari dalam rahim, seperti bunyi anjing sebelah rumah menyalak atau bunyi tempikan pembersih vakum, mungkin tidak akan mengganggu anak anda apabila dia mendengarnya semasa dia di luar rahim. Kajian tertentu seakan-akan menyatakan yang bayi belum lahir lebih gemarkan muzik klasik.


Selain kemajuan-kemajuan dalam pendengaran, paru-parunya sedang melalui perubahan-perubahan untuk menyediakannya untuk bernafas. Dia sentiasa menelan tetapi dia tidak akan membuang air besar (digelarkan mekonium) sehingga selepas dilahirkan.

Jika bayi anda dilahirkan sekarang, dia mempunyai kemungkinan kecil (lebih kurang 16 peratus) untuk meneruskan hidup dengan penjagaan yang sesuai. Setiap hari dia berada dalam rahim memberinya peluang yang lebih baik untuk meneruskan hidup. Jika dia dilahirkan pada 24 minggu kehamilan, peluangnya untuk terus hidup akan meningkat kepada 44 peratus.

Anda pula akan merasa pergerakan anda canggung sebab pusat graviti anda telah berganjak. Gusi anda mungkin berdarah apabila anda menggosok gigi dan pusat anda yang dahulunya "tenggelam", sekarang sudah membonjol. Jangan bimbang. Ia akan kembali kepada keadaan asal sebaik sahaja anda melahirkan.

coretan aku: sekarang ni berat bb sudah 609gram,uri rendah cikit n kedudukan baby still songsang, gerak baby juga aktif..cuma aku rasa berat aku yg xmemberangsangkan sbb mengandung yg ni xkuat makan..berat naik pun ala2 je..


Warehouse Sale ( MyDear)



tadi masa blogwalking...baca lah dekat post entry member blog, Jue...pasal warehouse sale My Dear...nasiblah rajin jengah blog kawan2...memandangkan skrg aku tgh mencari playpen jdnya haruslah aku p terjah mydear utk dapatkan barang yg aku inginkan dengan harga yg berbaloi...selalu jugak pergi mydear sales ni tp lately ni jarang dpt info jd xtau la bila dia buat sales...tq jue hehehe








Gambar hiasan

dapat yg mcm ni pun ok je

tapi kalo yang ni lg lah ok sangat hehehe brand pun bagus harga pun melambung wooo





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...