Followers

Tuesday, April 12, 2011

Set Bersalin

ermm bila mengandung je mula lah resah nak makan jamu apa lah nanti dalam pantang,walaupun banyak produk jamu kat pasaran sekarang tapi bukan semuanya yang sesuai dengan aku yang menyusu anak ni...2 kali bersalin sebelum ni rasanya jamu yang dimakan tak dapat banyak membantu aku,mana taknya baby kena kuning doc nasihatkan jamu jangan makan dulu sebab panas selain tu ia juga mengganggu pengeluaran susu yang berkualiti...sudahnya makan jugak tapi tunggang langgang dah tak ikut peraturan makan..kena kurangkan dose dia dan akhirnya terbuang juga...huhuh

dalam pantangkan badan kite ni lemah dan perlu banyak yang nak kena betulkan,dah la makan itu ini tak boleh dah nama pun pantang kan macam2 lah yang tak bolehnya..dalam resah mencari apa yg sesuai untuk menggantikan jamu sekaligus memperbanyakkan air susu adalah dua orang sahabat telah mencadangkan aku makan set bersalin berbentuk vitamin keluaran Shaklee...bila aku baca testimonialnya dan tengok website dia rasanya kali ni tak salah kot aku nak mencubanya..memandangkan dalam pantang nanti aku kena jaga 3 org anak makanya badan ni haruslah kuat ye x jadi aku memilih produk ni untuk aku dalam pantang nanti..

lagipun produk ni ada set untuk ibu menyusu sangatlah bagus aku rasa sebab nanti aku pun nak breastfeed anak aku,dah la aku ni makan tak menentu masa sedikit sebanyak shaklee dapatlah membantukan...jadi sekarang aku dah xmau serabutkan kepala pikir jamu itu jamu ini dengan harga yang mahal2 pulak tapi sudahnya buang je...pakai luar je macam param,pilis,minyak hangat,bengkung(wajib)dalaman makan set vitamin shaklee..


sedikit info tentang Shaklee yang bakal aku ambil nanti

Set C (CONFINEMENT) - untuk ibu2 yang ingin berpantang atau mereka yang menjalani pembedahan

[Trial: RM100]
*add on RM10 (60 tabs alfafa – milk booster)
40 tabs of Vitalea/ Multivitamin
40 tabs of B Complex
40 tabs of Vitamin C
40 tabs of Zinc


(1) B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

(2) Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

(3) Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

(4) Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

unutk info lebih lanjut boleh klik sini dan sini juge

check up baby 29minggu

checkup 29minggu

berat sekarang 64.6 kg bulan lepas 65.5kg (berat turun....rasanya timbang dorang salah kot heehe pasal aku timbang kat luar baru 63kg jdnya bukanlah turun kan naik sekilo lebih...)

hb 14.0(harapan biarlah sampai nak bersalin mcm tu kalo turun bwh 11 bahaya pulak)

tekanan darah normal & tinggi rahim pun sesuai dengan minggu aku sekarang walaupun sakit perut aku ditekan2 nak ukur tepat bape cm,mula2 nurse kata perut awak kecik cikit lah tu yg dia xpuas hati duk tekan sana cni sudahnya dia cakap eh xlah xkecik normal lah 28cm huh lega disitu...nti nak scan pulak tgk perkembangan baby,jantung & gerak baby semua normal...alhamdulillah mengandung yang ni rasanya xde masalah yang berat2 macam mengandung yang sulung n kedua...cuma dugaan sekeliling je yang xputus2 menimpa aku...sekarang dah kena 2minggu sekali check up..huh makin dekat makin takut pulak..semalam jugak dah dapat tugasan kira gerak baby...hari ni start kira baby baru 6x gerak...

White Pouch GA oleh 'Lulu Caldina' DAN 'Lenloy-Closet'.

yuhuuuu....join GA lagi...macam biasa nak join klik banner hadiah di atas

tarikh tutup adalah 08.04.2011 - 26.04.2011 : 11.00PM

tag:
Princess delliza
Mama Dhia

Monday, April 11, 2011

29minggu dah...

(Minggu ke-29 hingga minggu ke 40)

Kali ini kita akan mengikuti minggu yang seterusnya sepanjang perjalanan kehamilan kita selama tempoh 9 bulan.

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi. Bersabar dan saya berharap semuanya selamat.

" Baby Nurkheir 1st Giveaway Si Manja Chumil Bertudung/ Berbaju Melayu"

pada yang nak join klik saje pada banner k :)

GA anjuran http://secangkir-madu-buat-nur.blogspot.com/

GA berakhir pada 10 Mei 2011

Tag:
Mrs.simplicity
ibu Haikal

id Follower : ieda
referrer :nana

.
.
.
.

Gambar anak bujangku berbaju melayu

Nama Penuh: Hafiz Amsyar B. Shahril Ridzuan
Tarikh Lahir : 11 June 2007
usia anak : 3tahun 10bulan
ucapan ummi : Semoga Amsyar membesar menjadi anak yang berjaya di dunia & di akhirat serta dikurniakan tubuh badan yang sihat

ARIANA'S STORY 1st Give Away

GA anjuran blog Ariana's Story pada yang ingin join klik saje pada banner ok :)

Tarikh tutup : 9 Mei 2011

jom turut serta beramai2 hadiah sangat menarik

tag :

Princess Delliza
Blog Lover Story
Fara_farez89
fazidah kukumalu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...