Followers

Tuesday, May 31, 2011

Tungku

korang sekarang ni dah macam2 kan tungku..tak pakai dah tungku batu cam gambar kat atas ni,macam aku bersalinkan dua orang tu tungku batu le aku pakai..kena bako atas apai pastu lapik daun mengkudu & balut dengan kain...lecehnya batu ni nak kena bako atas api dengan aku yang anak dah 3 & pantang sendiri takut tak dan je nak buat...mak adalah tapi takkan hari2 mak nak buatkan..huhuh

yang tungku ni pulak tak penah cuba tapi penahlah pegang..berat jugak tau macamne lah nak tungku kalau berat sangat lenguh tangan terus jadi malas..


yang ni tungku elektrik (tungku Moden) ada member jual & aku ni pulak tak penah tau wujudnya menda alah ni..ye lah beranak bukan selalu..aku google lah detail pasal tungku ni banyak gak faedah dia selain mudah untuk digunakan...sape penah pakai ce bagitau kat aku kesannya..& adakah ianya selamat digunakan

Tuesday, May 24, 2011

Dah pun 35minggu



assalamualaikum

yuhuuuu lamanya tinggalkan blog..mood biasalah tak berapa nak ada untuk mengarang...wah macam nak tulis skrip la pulak kan keh keh keh...okey now aku dah masuk 35minggu berat aku pun dah naik sampai 67kg uwaaaaa beratnya aku..,alhamdulillah sampai ke hari ini badan masih sihat & perkembangan si kecik dalam perut pun baik2 saje...

Semalam ada checkup untuk 35weeks...segalanya baik, dan bersyukur sangat mengandung kali ni takde masalah yang berat2 macam mengandung yang sudah..darah tinggi & kencing manis semuanya aku dapat...kencing kotor lah aduh memang macam2..itu cerita mengandungkan anak sulong & kedua lah,yang ke3 ni alhamdulillah allah bagi sedikit kelegaan pada aku...walaumacamanapun ujian Allah itu takkan lari..dugaan buat anak2 yang ada depan mata ni lah macam yang pernah aku ceritakan dulu kerap demam..sepanjang kehamilan aku ni memang aku sorang je yang allah bagi kekuatan untuk melaluinya..ulang alik hospital tak usah kabo le letih dah dibuatnya..

Ya allah memang terasa sangat beratnya dugaan tu..tapi setidak2nya anak dalam kandungan baik2 je,sesungguhnya Allah itu maha adil.. Dan sekarang juge aku tengok my encik suami mula rajin masak..syukur sangat rasa..ye lah bukan setiap masa kan time2 mengandung ni je lah kita nak kongsikan pengalaman indah ni walaupun peritnya hanya kita isteri yang rasa..nanti dah lepas pantang aku kembali bertugas seperti biasa..wah macam pegawai beso je...uihh beso lah kan assistant ketua keluarga ihikkkk...


Wednesday, May 11, 2011

Aqeef Zafran 2 tahun sudah

yang ke 2tahun

Selamat Hari Lahir Aqeef Zafran


alhamdulillah Aqeef genap 2tahun pada 9/5/2011 baru2 ni...bulan depan bakal timang adik lah ye...ummi belum sempat pun nak sambut dek kerana keadaan yan tak larat ni..tapi nanti umi belikan kek ye..cian dia ye..umi doakan adik jadi anak yang berjaya di dunia & di akhirat...






Tuesday, May 10, 2011

Amsyar Terkini

Amsyar wajah terkini

Rindu pulak dengan anak sulung aku ni...dia xde kemana2 pun ada je depan mata ni,tapi rindu nak share kisah dia kat sini asyik pasal umi dia je boring lak korang baca huhuh... Bulan depan genap 4tahun,dah besar rupanya anak sulung umi tahun depan baru nak sekolah...Amsyar ni agak aktif jugaklah selalu la kena marah dengan aku sebab dia sangat suka menyakat adik dia & aku ni pulak tak boleh dengar nangis yang teran2 ni mulalah naik shehhhh..style aku xsuka pukul2 sangat tapi suara aku le sampai ke mana2 tah..lantak la kan asalkan tangan aku ni tak memukul..tapi kalo dah melampau sangat kena jugak seliang kat kaki le biasanya...

Badan kecik molek je walaupun dah 3thn 11bulan berat baru 13kg...makan ikut mood kalo berselera aku pulak tak larat layan,kalo datang mood tak nak makan aku mula lah jadi cam iklan Appeton lysin tu yang duk jerit2 pgil anak dia...hahaha bila ingat balik kelakar pulak malu pun ada dengan laki aku tengok aku duk jerit2 padahal suruh makan je bukan suruh buat apa pun..tapi susu kuat macam baby pulak..adik dia pun susu 2x sehari je tp dia berkali2 tu pasal tak berapa nak makan,mujurlah minum dutch lady 456 jew kalo pediasure bengkok abah ko nak oiii..

Sekarang Amsyar dah bebas sepenuhnya dari memakai pampers kalo tidak sebelum ni dia tido malam masih pakai lagi tapi satu haritu aku tertido & dia pun tido tak sedar aku dah pagi tapi dia tak pakai pampers, gelabah dah aku habislah toto,tapi rupanya dia tak kencing pun huh lega rasanya....aku start dari tu lah terus ajar dia & gerak dia kencing...ada la jugak tercicir 3,4malam tapi lepas tu ok balik... syukur sangat jimat abah dia,jimat tak jimatlah kan pasni baby kecik pulak gantinya...huhu sabar ye abah ni lah pengorbanan namanya...tapi susu abah tak payah risau umi fully BF jadi banyak manfaatnya selain dapat berjimat..kali ni aku harap dapat susukan lama,sebab dah mula pikir nak merancang keluarga setelah 3 orang depan mata haru jugak kalo pegnan lagi..jarak dulu ye hehe

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu buat insan-insan yang bergelar Ibu,mama,ummi,mummy,mak yang telah bertanggungjawab melahirkan kite juga suami kite..di harapkan kite sebagai anak mengingati jasa & pengorbananya ketika membesarkan kite sehingga kini kita juga telah merasakan perasaan yang sama bergelar seorang ibu...

HAPPY MOTHERS DAY MAK

Thursday, May 5, 2011

Scan 32 minggu

Minggu ke-32 :

Jari tangan dan kaki telah tumbuh sempurna, begitu pula dengan bulu mata, alis dan rambut di kepala bayi yang semakin jelas. Lanugo yang menutupi tubuh bayi mulai rontok tetapi sebagian masih ada di bahu dan punggung saat dilahirkan. Dengan berat 1800 gram dan panjang 29 cm, kemampuan untuk bertahan hidup di luar rahim sudah lebih baik apabila di dilahirkan pada minggu ini.

Kulit bayi semakin merah, kelopak matanya juga telah terbuka dan system pendengaran telah terbentuk dengan sempurna. Kuku dari jari mungil tangan dan kaki si kecil sudah lengkap dan sempurna. Rambutnya pun semakin banyak dan semakin panjang. Bayi sudah mulai bisa bermimpi, .
........................................................................................

okey sekarang aku dah pun 32minggu...& alhamdulillah kandungan berada dalam keadaan sihat, tadi baru je pergi scan untuk tengok kedudukan bayi...

detail scan

berat bayi : 1.9kg
uri : dah naik ( haritu rendah cikit)
air ketuban : paras normal tak kurang or lebih
kedudukan bayi : dah pusing bawah tapi belum turun lah
jantina??? : tunggu lahirlah ye insyaallah bulan depan tak lama je lagi..umi pun debar2 jugak ni

11 Tips Menghindari Marah

MARAH

Pernahkah anda mempunyai perasaan marah? Sehinggakan, kadang-kadang anda berasa ingin mengamuk?

Article ini cuba menyingkap 11 cara-cara untuk sedikit sebanyak utk menghidari diri kita daripada sifat marah...

IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.


Semoga kita sama-sama mengawal sifat marah...walaupun tidak sepenuhnya..namun jika kita megaplikasikan tips-tips di atas..insyaAllah, kita akan menjadi seorang insan yang lebih baik setiap hari dan mungkin juga, kita menjadi sukar untuk menjadi seorang yang pemarah...segalanya pasti berlaku dengan izin daripada Allah yang Maha Esa dan yakinlah kepada-Nya...

Waalahua'alam...

Aku pun sekarang mudah rasa marah..kadang2 rasa tak suka bila marah tapi ia datang sendiri..mungkin aku sekarang kerap penat & stress..boleh lah aku praktikan tips2 di atas..

paste from syok.org

Monday, May 2, 2011

Aktiviti di Hari Pekerja

aku yang dah 32minggu

Bila en suami cuti memang akan di ajak berjalan walaupun aku dah 8bulan ni jalan tetap semangat ye xde rasa nak duduk rumah langsung kecuali dah sampai hari haaa duk lah aku diam2 kat rumah takutnya sakit nanti kelam kabut jadinya tambah pulak dengan 2 hero tu huhuh lagi ribut..sekarang ni memang dah tak larat sangat rasanya tapi ku gagahkan jugak nak merewang hehehe..tu pic aku dah 8bulan terasa sangat bulat & perut pun dah turun susahnya nak melangkah kaki..sabar2 cikit hari je lagi

Nasi Ayam ummi :)

okey ni menu hari pekerja buat suami yang cuti...macam aku ni memang hari2 keje xde cuti faham2 jelah kan housewife hehe..masak sesimple yang mampu okey...Nasi Ayam saje,cepat mudah serta lazat ermmm tengah2 sarat ni duk dapur lama2 pun xtahan le..itu pun masak dibantu en suami...mekasih ye abang rajin menolong,kalo harap isteri dia sorang ni kat dapur nasi ayam yang 1/2jam je masak jd berjam2 huhuh..

hidangan pada hari pekerja...ayam tu cam lintang pukang...asal ek...oooo suami tercinta yang hidang hehehe...habis licin nasi ayam umi...memang anak2 suka,aku pun kalo nasi ayam ni tak berapa suka beli sebab ada je yang kurang...lebih suka masak puas hati semuanya...

dua hari hubby cuti berjalan saje kami anak beranak sampai sempat beli kain baju kurung & kain buat melayu untuk anak2 kat jakel,sekarang kan tengah promosi..senang siap awal2 lambat2 xde dah nak amik tempahan...memandangkan umi deme ni nak berpantang lagilah xde semangat nak soping raya dekat2 nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...