Followers

Thursday, April 28, 2011

Adyshariz Lucky Draw


klik pada banner untuk join k
tarikh tutup : 24 May 2011



untuk besday boy...semoga membesar jadi anak yang cerdik serta berjasa pada ibu ayah & juga taat segala perintah Allah...

tag
Faisyah
pja

referral : cempaka kuning

Tuesday, April 26, 2011

Checkup 31minggu

Semalam ada appoinment checkup untuk 31minggu alhamdulillah semuanya baik2 je & xde apa2 masalah cuma baby belum scan lagi

detail checkup

berat : 66.6kg ( ini berat yang paling berat aku penah capai huhuh sejak minggu akhir ni aku berselera makan..pasal mula2 mengandung sampai 6bulan memang selera down & berat naik cikit je tp smlm timbang naik 2kg huahua...2minggu naik banyak tu memang keterlaluan hehehe lebih sekilo naik

hb : semalam xde cucuk
BP : normal
tinggi rahim 32cm
jantung & gerak baby semuanya okey,alhamdulillah

next checkup 2minggu lagi..harap berat xnaik sampai 2kg

Wekend yang lepas (pureen sales)

Assalamualaikum...

wekend kami baru2 ni memang xlekat kat rumah...sabtu tengahari lepas hubby balik keje terus ke pureen sales kat PJ...gerak dalam kul 2.30 sampai sana kul 3...mula2 nak masuk simpang jew ya allah dah jem parking memang comfirm xde..aku pun cakap kat hubby xpelah aku turun dulu & dia tunggu anak2 dalam kete(wah bajet cam kejap je ye nak p soping hehehe)masuk je dalam masyaallah ramainya orang...aku dah xtau mana hala nak jalan tengah2 jalan dorag berlonggok aduh duh duh...nasib le anak2 tak turun kalo tak meroyan dorang kat sana dengan orang yang bersesak2..

1st tempat yang aku tuju mestilah kat baju2 sebab memang dah niat nak cari baju je kat sana,kat tempat baju pun ramai giler orang berebut2 pilih baju..banyak baju gegirl lah aku nak cari yang unisex pasal jantina xpasti lagi,tp jumpa jugak dapatlah 7helai baju bakal baby & selai baju tidur Amsyar RM12 each(puas hati)tengah2 pilih baju hujan pun turun lebat sangat dengan kilat berdentam dentum takut aku..wlpun dah siap bayar tapi xleh gak nak kluar hujan lebat sangat dengan orang yang ramai aku rasa nak pengsan dah..huhuh

sementara tunggu hujan reda sempat lagi sambar baby bath yogurt 1(Rm9),liquid cleanser 1 (Rm16) & baby wipes 2pack (RM9) habis RM104 je semuanya,memang aku bajet banyak tu je sebab semuanya dah di beli tinggal tambah2 je apa yg xde & keperluan budak2 ni..ini kali ke3 aku pegi pureen sales,2x dulu xbeli pape pun pasal g hari ahad banyak barang dah habis,kalo baju2 tu banyak dah habis,kali ni awal2 cakap dengan hubby nak g hari sabtu...kesudahanya aku puas hati dapat dah apa yang nak di beli hehehe..


Thursday, April 21, 2011

keinginanku saat2 mengandung

sepanjang mengandung ni mesti macam2 yang teringin nak makan kan walaupun benda tu makanan biasa2 je...macam aku xde lah teringin makan yang pelik2 semuanya yang mudah di cari & di masak sendiri...okey 1st aku nak sangat makan spagethi meatball...sudah pun dapat makan & puas hati kerana aku sendiri yang masak, tapi gambar atas ni bukanlah yg aku masak ni gambar dr google..aku kalo masak jarang la nak tgkap2 gambar ni hehehe..

Raja buah durian...selamat dah aku merasa...tapi xmakan banyak mana pun 3,4 ulas je itupun dah pening2 lalat...ngandung yang ni sensitif cikit dulu durian ok je makan tp yang ni agak pening2 lepas makan...xmau dah hahahaha

yang ke3 satay....tah kenapa teringin sangat nak makan satay...nak satay Hj Samuri je xnak yang lain..walaupun bagi sesetengah orang biasa2 je makan satay ni tapi saat2 aku tengah mengandung ni satu kepuasan rasanya.. :)

wow pizza nyum nyum...kalo tengok gambar ni xde dah teringin sebabnya dah dapat makan awal2 mengandung hari tu masa besday aku bulan2 en suami belanja...tq abang :)aku bila dah dpt makan apa yg di idam2kan sekali je dah cukup xperlu ulang2..kata ngidam kan kalo selalu makan bukan ngidam namanya tu hehehe

Mee udang...sepanjang hidup aku yg dah 26tahun ni xpenah sekali tau aku makan mee udang & rasanya mcmne pun aku xtau (jgn xpercaya ok tp itulah kebenaranya)..tapi mengandung kali ni tetiba je nak makan sampai sanggup aku ajak hubby g cari kat tempat yang kluar kat jalan2 cari makan tv3...tapi sungguh sedih kedai tu tutup...alahai memang frust tul aku rasa..sudahnya beli kat puchong ni je..rasanya ok lah xteruja sangat mgkin sebab yang di cari xdapat huhuhuh

Coklat pun teringin ka????hahaha tu la dia tgh ngandung ni makanan simple pun leh di idam2...aku ni kalo xmengandung memang jaranglah sangat makan coklat,kalo makan pun coklat cadbury jew..tapi kali nak coklat yang ni...suamiku dah beli pun semalam tp masih belum di makan hehehe...tgu mood baru leh makan...apa punya peel la dah beli tgu mood lak makan

ikan bakar cicah air asam...ermmm masih belum dapat..harus di cari jugak sebelum bersalin ni,memangdangkan ikan bakar hanya ada pada hari bekerja maka aku xdptlah nak makan, suamiku keje..nak masak harap maklum le tgh2 mcm ni xlarat + malas ish ish ish...

nyum nyum cheesecake...dah selamat dah makan masa besday aku bulan 2 hari tu hehehe,kek nya sangat sedap hand made xde di jual di kedai kek,tp bukanlah aku yang buat org lain le ekekeke

Aiskrim Cornetto,amboi yang ni kalo beli compem berebut dengan budak2 ni...belum lagi dapat makan..ngandung kali ni suka sangat aiskrim tapi yang satu ni aku lum lagi beli xpe esok2 boleh beli senang je nak cari hehehe


korang gambar2 kat atas ni semua aku google je...ada yang aku masak tapi xpulak tangkap gambarnya huhuh..macam ni lah orang mengandung ada je keinginanya tu belum lagi peel yang pelik2 xusah la citer kan korang ngandung korang rasa lah sendiri hehehe....

Sorry le ye kalo ada yang terliur tengok gambar2 makanan di atas hehehe hanya tatapan sahaje tidak boleh di makan...

Wednesday, April 20, 2011

Tuesday, April 19, 2011

Little Dreamland Stylista Contest

Link
di tag oleh princess Delliza
klik banner baby tido di atas k pada sesiapa yang nak join


.
.
.
.
.
.
.
.
Gambar yang ada dalam simpananku masa Aqeef 4bulan kot


Nama Anak : Aqeef Zafran B.Shahril Ridzuan

Umur anak sekarang : 1tahun 11bulan (maaf ye penganjur amik gambar lama xde pulak gambar tido yg baru hehehe)
follower id : ieda
email : shahanim1202@gmail.com

okey member di tag

Aisyah Ahmad
Ibu Haikal
Alyyani

tarikh tutup 18/04/2011 sehingga 18/05/2011

Saturday, April 16, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI


sape2 nak join klik pada banner k

Tarikh tutup 17 April 2011(ahad ni)
tujuan??? belum tau lagi..tiada hadiah okey hanya sekadar menambah kenalan blogger...sape2 nak join masih sempat lagi

Durian vs Kehamilan

vs


tajuk tu menunjukkan aku yang sekarang memang dah teringin sangat nak makan tapi masih takut2....akhirnya en suamiku beli juga tapi???? bukan 2,3biji dia p beli 12biji toke durian kasi lelong kat dia pasal dah lewat malam nak tutup kedai...huhuh amik kau termenung depan durian hehehe...tapi aku idok lew makan sampai bersila mengadap gitu...rasa 3,4 ulas saje yg lebihnya bagi mak aku cikit mak mertua cikit dan buatkan kuah durian kat suami tercinta yang telah belikan aku durian 12biji ehhehehe...tapi bini dia ni hanya boleh makan cikit je tak berani amik lebih kang xpasal2 kena diabetis pulak...

risau jugak nak makan tu tapi terjumpa satu info pasal durian & kehamilan,dalam info tu pun tulis makan dalam kuantiti cikit saje jd aku pun makan cikit je bagi hilang kempunan...kena pulak musim dia sekarang mana tahan aku tgk je kan nak la jugak rasa ekekeke

kat bawah ni info yang aku dapat dari baby center mengenai durian dan kehamilan
.....................................................................................

Adakah selamat untuk saya makan durian semasa kehamilan?


Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan. Sebagai contoh, pendekatan tradisional orang Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu “panas” untuk dimakan semasa kehamilan. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti orang Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan raja buah ini.

Dengan tegas dinyatakan bahawa tidak terdapat sebarang kajian mengenai keselamatan makan durian semasa kehamilan. Pada masa yang sama, sains moden tidak menjumpai sebarang sebab untuk mengatakan ianya tidak selamat untuk makan durian. Tiada sebarang sebab untuk mengatakan bahawa makan durian semasa kehamilan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi pada bakal-bakal ibu atau ruam lampin pada bayi baru lahir.

Walau bagaimanapun, seorang wanita yang hamil hendaklah makan durian dalam jumlah yang sedikit kerana buah ini mengandungi banyak gula dan karbohidrat – dua ulas yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori. Durian adalah dalam kumpulan makanan yang mengandungi glisemia tinggi, oleh sebab itu, adalah baik untuk menghadkan pengambilannya semasa kehamilan. Mereka yang mempunyai diabetis kehamilan hendaklah mengelakkan diri daripada makan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Beberapa orang penyelidik telah menekankan faedah sulfur organik dan triptofan yang terdapat dalam durian. Sebatian-sebatian ini mengandungi kesan antioksida. Ia juga mengandungi ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan antikulat yang baik untuk kehamilan.

Tuesday, April 12, 2011

Set Bersalin

ermm bila mengandung je mula lah resah nak makan jamu apa lah nanti dalam pantang,walaupun banyak produk jamu kat pasaran sekarang tapi bukan semuanya yang sesuai dengan aku yang menyusu anak ni...2 kali bersalin sebelum ni rasanya jamu yang dimakan tak dapat banyak membantu aku,mana taknya baby kena kuning doc nasihatkan jamu jangan makan dulu sebab panas selain tu ia juga mengganggu pengeluaran susu yang berkualiti...sudahnya makan jugak tapi tunggang langgang dah tak ikut peraturan makan..kena kurangkan dose dia dan akhirnya terbuang juga...huhuh

dalam pantangkan badan kite ni lemah dan perlu banyak yang nak kena betulkan,dah la makan itu ini tak boleh dah nama pun pantang kan macam2 lah yang tak bolehnya..dalam resah mencari apa yg sesuai untuk menggantikan jamu sekaligus memperbanyakkan air susu adalah dua orang sahabat telah mencadangkan aku makan set bersalin berbentuk vitamin keluaran Shaklee...bila aku baca testimonialnya dan tengok website dia rasanya kali ni tak salah kot aku nak mencubanya..memandangkan dalam pantang nanti aku kena jaga 3 org anak makanya badan ni haruslah kuat ye x jadi aku memilih produk ni untuk aku dalam pantang nanti..

lagipun produk ni ada set untuk ibu menyusu sangatlah bagus aku rasa sebab nanti aku pun nak breastfeed anak aku,dah la aku ni makan tak menentu masa sedikit sebanyak shaklee dapatlah membantukan...jadi sekarang aku dah xmau serabutkan kepala pikir jamu itu jamu ini dengan harga yang mahal2 pulak tapi sudahnya buang je...pakai luar je macam param,pilis,minyak hangat,bengkung(wajib)dalaman makan set vitamin shaklee..


sedikit info tentang Shaklee yang bakal aku ambil nanti

Set C (CONFINEMENT) - untuk ibu2 yang ingin berpantang atau mereka yang menjalani pembedahan

[Trial: RM100]
*add on RM10 (60 tabs alfafa – milk booster)
40 tabs of Vitalea/ Multivitamin
40 tabs of B Complex
40 tabs of Vitamin C
40 tabs of Zinc


(1) B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

(2) Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

(3) Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

(4) Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

unutk info lebih lanjut boleh klik sini dan sini juge

check up baby 29minggu

checkup 29minggu

berat sekarang 64.6 kg bulan lepas 65.5kg (berat turun....rasanya timbang dorang salah kot heehe pasal aku timbang kat luar baru 63kg jdnya bukanlah turun kan naik sekilo lebih...)

hb 14.0(harapan biarlah sampai nak bersalin mcm tu kalo turun bwh 11 bahaya pulak)

tekanan darah normal & tinggi rahim pun sesuai dengan minggu aku sekarang walaupun sakit perut aku ditekan2 nak ukur tepat bape cm,mula2 nurse kata perut awak kecik cikit lah tu yg dia xpuas hati duk tekan sana cni sudahnya dia cakap eh xlah xkecik normal lah 28cm huh lega disitu...nti nak scan pulak tgk perkembangan baby,jantung & gerak baby semua normal...alhamdulillah mengandung yang ni rasanya xde masalah yang berat2 macam mengandung yang sulung n kedua...cuma dugaan sekeliling je yang xputus2 menimpa aku...sekarang dah kena 2minggu sekali check up..huh makin dekat makin takut pulak..semalam jugak dah dapat tugasan kira gerak baby...hari ni start kira baby baru 6x gerak...

White Pouch GA oleh 'Lulu Caldina' DAN 'Lenloy-Closet'.

yuhuuuu....join GA lagi...macam biasa nak join klik banner hadiah di atas

tarikh tutup adalah 08.04.2011 - 26.04.2011 : 11.00PM

tag:
Princess delliza
Mama Dhia

Monday, April 11, 2011

29minggu dah...

(Minggu ke-29 hingga minggu ke 40)

Kali ini kita akan mengikuti minggu yang seterusnya sepanjang perjalanan kehamilan kita selama tempoh 9 bulan.

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi. Bersabar dan saya berharap semuanya selamat.

" Baby Nurkheir 1st Giveaway Si Manja Chumil Bertudung/ Berbaju Melayu"

pada yang nak join klik saje pada banner k :)

GA anjuran http://secangkir-madu-buat-nur.blogspot.com/

GA berakhir pada 10 Mei 2011

Tag:
Mrs.simplicity
ibu Haikal

id Follower : ieda
referrer :nana

.
.
.
.

Gambar anak bujangku berbaju melayu

Nama Penuh: Hafiz Amsyar B. Shahril Ridzuan
Tarikh Lahir : 11 June 2007
usia anak : 3tahun 10bulan
ucapan ummi : Semoga Amsyar membesar menjadi anak yang berjaya di dunia & di akhirat serta dikurniakan tubuh badan yang sihat

ARIANA'S STORY 1st Give Away

GA anjuran blog Ariana's Story pada yang ingin join klik saje pada banner ok :)

Tarikh tutup : 9 Mei 2011

jom turut serta beramai2 hadiah sangat menarik

tag :

Princess Delliza
Blog Lover Story
Fara_farez89
fazidah kukumalu

Contest sedap mata memandang

join contest lagi sape2 nak join klik saje pada banner

anjuran Nur Farah Balqish

tarikh tutup tidak dinyatakan

tag :
Anis Aniesa
Mummy echa
ummi alesya
princess delliza

Friday, April 8, 2011

Sawan Demam

Pada sesiapa yang tidak tahu apa itu sawan demam & cara nak mengatasinya ni aku ada tulis sikit info sebagai rujukan kita bersama...ditulis semula melalui info pada pamphlet kesihatan


APA ITU SAWAN

Sawan ialah tindakbalas badan apabila terjadinya berlebihan gangguan pada aktiviti elektrik di otak yang menyebabkan keadaan yang tidak sedarkan diri, pergerakkan atau deria tidak normal

APA ITU SAWAN DEMAM

Sawan demam ialah sawan yang berlaku apabila suhu badan melebihi 38'c di mana tanpa demam anak tiada sawan dan tiada bukti klinikal atau ujian makmal yang menunjukkan jangkitan pada sistem saraf.

Sawan disebabkan demam terlalu tinggi yang berpunca daripada jangkitan bahagian atas saluran pernafasan atau jangkitan dalam telinga. Biasa berlaku pada hari pertama atau kedua demam dan ia cuma berlaku untuk beberapa minit. Kanak-kanak berumur antara 6bulan dan 2tahun terdedah kepada sawan demam

3% bayi yang normal mendapat sawan demam. Anak lelaki lebih berisiko mendapat sawan demam

TANDA-TANDA SAWAN DEMAM

  • Badan panas
  • Badan/ kaki/ tangan tegang
  • Kaki/ tangan tergoncang tanpa rangsangan
  • Muntah atau mulut berbuih
  • Terkencing atau berak
  • Mengetap gigi
  • Mata putih berpusing ke atas, bernafas dengan kuat
  • Terjatuh
  • Tertidur/ tidak sedarkan diri seketika, kemudia aktif semula


APA PERLU ANDA BUAT

ktika demam, kuarangkan suhu badan anak dengan:
  • Pakaikan baju nipis
  • Lapkan kepala dan badan anak dengan kain basah
  • berikan ubat paracetamol mengikut sukatan
  • Galakkan minum air banyak
  • Berikan pengudaraan yang baik/ pasangkan kipas


Ketika Sawan berlaku,
  • anda perlu bertenang
  • Letak anak dalam keadaan mengiring dan biarkan mukanya terdedah ke sisi bagi membolehkan apa-apa muntah mengalir keluar(bahaya sekiranya muntah masuk semula ia akan masuk ke paru-paru)
  • longgarkan sebarang pakaian anak yang ketat di leher untuk memudahkan anak bernafas
  • sentiasa berada di sisi anak
  • jauhkan anak dari barang-barang atau tempat merbahaya
  • tunggu sehingga sawan berhenti tetapi sekiranya sawan melebihi dari 5minit, bawa anak ke hospital/ klinik dengan segera
  • jangan masukkan apa-apa objek seperti sudu ke dalam mulut anda untuk menghalang gigi daripada tergetap(bahaya ni kalo lah sudu tu patah dikuatiri anak anda akan tercekik)
  • ketika anak sedang sawan jangan goncanggkan anak anda
  • jangan berikan sebarang ubat atau masukkan ubat ketika anak sedang sawan...tunggu sehingga sawan anak anda berhenti


Selepas sawan berhenti anak anda akan berasa letih dan mugkin tertidur. Biarkan anak anda tidur, bersihkan muntah anak anda jika ada. Teruskan usaha anda mengurangkan suhu badan anak. Hubungi doktor segera.


BOLEHKAH SAWAN DEMAM BERULANG?

sawan demam boleh berulang sekiranya sawan yang pertama berlaku semasa anak masih bayi dan ada sejarah Keluarga sawan demam. 25% anak yang pertama kali mendapat sawan demam akan mengalami sawan demam berulang

Sawan tarik kali ke2


ermmm ni lah alkisahnya ankda sulung aku Amsyar hari rabu baru2 ni kena serang lagi sawan tarik..sebelum ni penah kena untuk pertama kalinya masa tu hanya Allah saje yang tau bertapa paniknya aku nak mengawal keadaan masa tu di mana aku tengok dia keras kejung mata dah tgk atas je panggil pun xde respon...pada sape yang penah alaminya mesti tau kan perasaan mcmne...dengan aku yang xde asas langsung nak mengawal situasi bila anak kena demam sawan tarik..masuk wad 5hari jugaklah masa 1st time kena tu..kejadian tak lama baru je 6bulan lepas bulan ni berulang kembali huhuh

hari rabu 6/4/11 jam 11.30 pagi sekali lagi amsyar kena sawan tarik,selasa malam start demam & aku pun start tu lah bagi dia ubat demam n monitor je suhu badan dia,tak tido malam lah aku bila anak2 demam ni nak2 kalo amsyar yang demam memang xleh tinggal risau aku...sepanjang malam lap2 badan dia jelum air asam jawa semua..sampailah ke pagi demam xkebah2 jugak suhu dia xlebih 38...pagi rabu tu hubby terus bawak dia ke klinik & doc bg pcm sekali antibiotik..balik klinik aku pun terus mandikan dia n tengok dia pun tak bermaya baring jew tapi duk gaduh lagi tu dgn adik dia haishhh sabar je la..

aku ni pun ngantuk sangat rasanya mana taknya semalaman tak tido jadinya siang aku mulalah tersengguk2...baring lah aku sebelah dia tapi hati ni risau tertido,cakap2 lah dengan dia sudahnya terlelap jugak(tido2 ayam) xlama pun aku terlelap tu dalam beberapa second je aku bangun tengok dia duk baring ngiring,aku pusingkan dia....sekali Ya Allah anak aku mulutnya dah meleleh air liur mata duk keatas je tgn bdn semua keras...aku ni kuatkan jugaklah bdn angkat dukung dia ngiringkan masuk toilet basahkan2 badan n kepala dia sambil panggil2 nama dia,alhamdulillah dalam beberapa saat je dia sedar...

bila dia dah sedar tu dia muntah & terus lemah satu badan,memang budak lepas kena sawan tarik ni badan akan lemah..aku pun terus bawak dia ke klinik untuk periksa lebih lanjut doc buat surat refer hospital..aku pegi hospital n doc amik darah semua result pun ok,doc pesan lagi sekali kat citu cara2 nak handle anak ketika sawan tarik..kali ni xperlu masuk wad memandangkan keaadaan dia stabil n aku pun yakin jaga dia kat rumah..walaupun dah 2x jadi panik tu tetap ada cuma kali ni lebih tenang mengawal keadaan..sawan dia pun xseteruk masa 1st kena tu dalam 3minit kot yang ni kejap je seminit pun xsampai...harapan aku ianya janganlah berulang lagi sangat2 lah risau aku ni...


gambar2 bawah ni masa dia dalam wad pemerhatian sementara tunggu result darah..sempat dapat makan kat dalam tu dorang hantar..tapi amsyar makan 2,3 suap jew..nasib bil 2.50 je almaklumlah hospital kerajaan

lemah je sebelum amik darah bukan main dia melompat je ats katil xcam org demam

lepas amik darah layu je muka terus ngadu sakit..kesian dia kecik2 kena amik darah

tahan sakit dia

Tuesday, April 5, 2011

Durian oh durian

Gambar dari pakcik google

hai durian teringin benar aku ni dengan buah yang satu ni...asal aku mengandung je dia berbuah asal musim dia je aku pun mengandung hehehe...kalo dah teringin beli je le ye tak...tapi aku takut nak makan durian ni...nak makan bukanlah banyak mana pun nak sekali dengan kuah durian wahhhh banyak lak kepinginnya...ada kisah ni makan buah durian & kuah durian yang buat aku takut nak makan

alkisahnya masa mengandungkan anak ke2 kes teringin jugak lah ni...yang bestnya esoknya nak minum air gula,balik rumah mertua dia lak masak kuah durian n buahnya pun ado sekali aduh2 ni yang xboleh tahan...tapi tahan le jugak pasal esok nak kena buat MGTT bahayo weiii...tapi dek suami yang cakap alah rasa le cikit benda dah ada depan mata...ermmm aku pun makan le jugak uishhh dah makan sedap sangat dah aku rasa...tp tetap control...minum air masak banyak2..

esoknya minum air gula la kan lusa nurse call kata bacaan aku tinggi cikit uwaaaaaa...dah aku agak dah ni penangan kuah durian yang manis le ni...bermula lah aku wat BSP sampai nak bersalin mujurlah masa tu dah 8bulan jd sbulan je la aku brulang alik klinik...bacaan aku selepas wat bsp tu semuanya normal tau 4 lebih je xpenah lebih dr 5...makanya terpk lah aku yg haritu kantoi pasal kuah durian...jadinya sekarang aku tahan nafsu makan memandangkan kandungan dah 7bulan & rasa2nya 8bulan nti kena sekali lg buat MGTT..haritu buat dah alhamdulillah normal...oh durian mampu kupandang ku cuit2 je la isimu....hehehe sabar ye...banyak lagi buah lain tapi yang itu jugak kau nak ye ieda huhuhu...


1st GA SUKA DUKA TAWA


Masih ada masa ni kalo nak masuk...klik banner k untuk join suka tengok blog ni sebab kekemasanya dan warna yang ceria

Tarikh tutup dilanjutkan sehingga 10 April 2011

member yang ditag

blog princess
blog cik Eishal

kelebihan seorang wanita..

kelebihan seorang wanita..


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Artikel di copy drpd syok.org

Anak bujang Ummi

Assalamualaikum...

kali ni aku nak update pasal anak2 teruna ku yang semakin hari semakin membesar...semakin banyak peel...huh letih umi dikoje kan deme ni nak2 time mengandung ni memanglah perlukan kesabaran yang tinggi..sape yg surirumah tu tau le kan camne gayanya menjaga anak 24jam...kadang2 tgh makan pun aku tersengguk2 tahan mata ngantuk ya amat mau taknya malam budak2 ni tido lewat xlarat dah aku nak jerit2 suruh tido...menyapu rumah pun kul 1pg ha korang time tu mesti dah lena dibuai mimpi tp aku duk kemas rumah x leh aku tgk rumah tunggang langgang dikejekan budak2 ni..siang kalo kemas tahan le 1/2jam lepastu deme berkubang balik..penat...penat....



Anak sulung aku Amsyar sekarang dah pun berusia 3tahun 10bulan,

perkembangan yg dapat aku lihat sekarang bercakap dah memang petah lah xde pelat langsung,boleh diharap dah membantu umi dia kalo mintak tolong tuangkan air untuk adik boleh dah..tapi itupun kalo mood dia baik...suka jugak bergaduh dan menyakat adik dia, yang ni memang aku hilang sabar mana taknya kalo dah bergaduh macam orang xkenal sape memang aku kena jadi reffri hehehe suara aku memang compem lah jiran dengar...hehehe tapi selalu Amsyar yang kalah hahaha boleh pulak ye abg yg kalah...adik ni dia mmg berani kalo dia nak baling barang xde teragak2 punya terus melayang kau tau...takut aku huhuh,Amsyar ni jiwa lembut senang pujuk tu yg dia selalu lari kalo adik dah start nak membaling barang...

kisah adik pulak sekarang dah pun 1tahun 11bulan...insyaallah 2bulan lagi jadi abang le dia,sekarang dah pandai dah cakap, faham lah aku kalo dia cakap tu senang nak komunikasi dgn dia,pandai buka seluar n pakai semula baju masih dalam latihan heehe,suka makan,kalo dia dah terjaga dr tido memang dia akan mintak mcm2 roti lah nasi lah...pandai rebut hp dgn Amsyar,padahal bukan pandai guna pun habis merata dia call n anta msg...msg yg dlm sent pulak tu..ayooo malu umi tau gara2 ank bujang aku...sabo je lew...

2bulan lagi riuh la rumah ni dengan baby baru tak dapat aku bayangkan aku nanti mcmne nak uruskan 3 orang anak fuhhhh mesti kelam kabut le kan...yang dua ni pun boleh tahan jaganya ini 3,mudah2an semuanya boleh dikawal

Saturday, April 2, 2011

Koleksi Blogger Malaysia


Anda punya blog ingin dikongsi bersama blogger lain klik saje pada banner syarat2nya sangat mudah

Friday, April 1, 2011

GA - Senyuman si cilik

nak join klik saje pada banner

tarikh tutup : 14 April 2011@4 petang

member yang di tag:

Ibu Haikal
Ayang

Gambar yang dipilih
.
.
.
.
.
.
.

Gambar di ambil ketika usia 1tahun 3bulan

Nama Anak : Aqeef Zafran B. Shahril Ridzuan
Nama Ibu : Nurul Hidayah Ramli
Tarikh Lahir Anak : 9 Mei 2009
umur anak sekarang 1tahun 11 bulan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...